Bukankah Kejayaan Celine Chuang Merupakan Cerminan Kegagalan FAM?

Celine Chuang Bayern Munich FAM 3

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan berita Celine Chuang yang menjadi pemain bola sepak wanita pertama dari Malaysia yang berjaya menyertai akademi Bayern Munich bagi kategori skuad wanita bawah 17 tahun (B-17).

Anak gadis berusia 15 tahun itu memulakan penglibatannya dalam sukan bola sepak ketika berusia 11 tahun melalui Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB) Pulau Pinang.

Setelah itu, Celine mula berhijrah ke Thailand dan mengikuti latihan mempelajari teknik bola sepak secara mendalam di Sekolah Antarabangsa British Phuket (BISP) di Phuket Thailand selama dua tahun.

Secara jujurnya, apabila diperhatikan perjalanan karier bola sepak Celine, saya mendapati jika seseorang atlet itu ingin berjaya, mereka perlu belajar teknikal bola sepak yang lebih mendalam di negara luar berbanding di negara sendiri.

Ini menggambarkan sedikit sebanyak tentang realiti ekosistem sukan bola sepak negara yang lemah menyebabkan atlet memilih negara lain untuk mengasah bakat mereka.

Saya tidak terkejut jika Celine memilih sekolah di negara luar bagi mempelajari metodologi bola sepak secara mendalam kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sendiri tidak memberi tumpuan penuh pada atlet bola sepak wanita sejak sekian lama.

Kita sering mendengar pelbagai kejohanan bola sepak melibatkan pemain bola sepak lelaki dari Liga Perdana, Liga Super, Liga Malaysia dan pelbagai kejohanan lagi.

Namun apabila ia membabitkan bola sepak wanita sepertinya tiada apa-apa yang menarik untuk diikuti malah lensa kamera wartawan sukan juga lebih tertumpu pada atlet lelaki berbanding atlet wanita.

Seharusnya FAM menjadikan kes Celine Chuang untuk mengkaji program akar umbi yang perlu dilaksanakan supaya lebih ramai atlet wanita dapat dilahirkan bagi membentuk skuad yang mantap pada masa akan datang.

Adakah FAM berasa bangga apabila seorang pemain muda wanita terpaksa membawa diri ke luar negara demi mencapai cita-citanya untuk menjadi pemain bola sepak profesional?

Kementarian Belia dan Sukan (KBS) juga perlu meneliti dan merangka program jangka panjang buat sukan wanita yang sering dipinggirkan semenjak dahulu lagi. Sedangkan kita semua tahu bahawa terdapat peruntukan yang diberi fokus pada atlet wanita.

Namun saya melihat kegagalan industri sukan tanah air dalam melahirkan atlet pelapis tanah air secara konsisten. Mungkin sudah masanya, KBS merealisasikan Universiti Sukan bagi menggerakkan industri sukan negara secara mampan.

Leny Azmi adalah pembaca SemuanyaBOLA dan alumni Sekolah Merdeka.

Baca juga artikel yang lain mengenai bola sepak wanita:

Jangan Amalkan Diskriminasi Gender Dalam Bola Sepak

Program Perintis Di Liga Belanda Benarkan Wanita Beraksi Bersama Pasukan Lelaki

Skuad Futsal Wanita Perak Juarai Kejohanan Futsal Antarabangsa Powernet 2020

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN