Bukan Selangor Atau Kedah, Tapi Sri Pahang Pencabar Sebenar Buat JDT

Saat kebanyakan penyokong menganggap Selangor serta Kedah Darul Aman (Kedah) sebagai antara pencabar utama dalam memberi persaingan sengit buat Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini, tampil Sri Pahang untuk mencatat keputusan yang sangat gah ketika ini dalam aksi Liga Super.

Apa tidaknya, Sri Pahang menjadi pasukan kedua musim ini selain JDT yang masih lagi belum mencatat sebarang kekalahan dan corak permainan ditampilkan juga sangat meningkat.

Walaupun dihimpit isu kecederaan dalam kalangan beberapa pemain utama, ianya tidak menyekat kemaraan skuad kendalian Fandi Ahmad untuk tampil menyakinkan dalam setiap perlawanan.

Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Nur Shamie Iszuan serta pemain tengah naturalisasi mereka iaitu Sergio Aguero yang terlepas beberapa perlawanan akan datang.

Malah, sebelum itu Sri Pahang juga turut kehilangan penyerang import, Lucas da Silva pada awal musim kerana isu kecederaan sebelum beliau kembali sejak tiga perlawanan lalu untuk memperkukuhkan posisi hadapan.

Sebenarnya, jika dilihat dalam setiap aksi membabitkan Sri Pahang, mereka bukannya beraksi dengan sangat bagus atau konsisten di setiap posisi.

Namun, disiplin dan ketenangan dipamerkan barisan pemain kelab tersebut menjadikan ianya sebagai salah satu resepi Sri Pahang untuk merekodkan keputusan positif dalam setiap perlawanan dihadapi.

Terbaharu, Sri Pahang berjaya mencatat kemenangan tipis 1-0 untuk mengatasi Kelantan United menerusi jaringan lewat yang diledak oleh pemain import mereka iaitu Stefano Brundo.

Pada perlawanan tersebut, Sri Pahang dipaksa berhempas pulas oleh pasukan pelawat yang mempamerkan corak permainan menyakinkan untuk sekurangnya mengikat tuan rumah.

Namun, selepas beberapa pertukaran dibuat jelas menghasilkan sesuatu buat tuan rumah yang mendapat gol penting untuk terus mengesahkan tiga mata buat mereka di laman sendiri.

Keputusan tersebut menyaksikan Sri Pahang ketika ini unggul di tangga ketiga liga untuk berada di bawah JDT serta Selangor menerusi 16 mata penting dilakar.

Daripada lapan perlawanan dilalui sehingga kini, Sri Pahang telah pun meraih empat kemenangan dan seri selain hanya dibolosi enam gol sahaja dalam aksi liga.

Selain unggul dengan rekod tanpa kalah, pemain pertahanan import mereka iaitu Stefano juga cemerlang untuk menjadi antara penjaring terbanyak Liga Super menerusi lima jaringan telah dihasilkan.

Ketika ini, pastinya ramai ternanti-nanti akan pertemuan membabitkan JDT dan Sri Pahang yang akan berlangsung pada 24 Mei depan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Untuk rekod, JDT gagal untuk menewaskan Sri Pahang pada dua pertemuan tahun lalu dengan perlawanan tersebut menyaksikan Harimau Selatan sekadar mampu terikat seri di gelanggang lawan serta laman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN