Bukan Nidzam, FAM Sebenarnya Intai Bekas Pengendali MU Jadi Pembantu Kim Pan-gon?

Bukan Nidzam Jamil. Sebaliknya adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mengintai bekas ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan untuk menjadi pembantu jurulatih kepada Kim Pan-gon?

Pertanyaan itu mulai timbul selepas wartawan Astro Arena, Fina Nasrom mengesahkan badan induk bola sepak negara itu menafikan telah membuat tawaran kepada pembantu jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil untuk menyertai pasukan kejurulatihan skuad kebangsaan yang baharu.

Bagaimana pun FAM dikatakan memberi nada berbeza ketika ditanya kemungkinan Zainal Abidin Hassan berada dalam barisan Kim Phan-gon.

Januari lalu FAM telah mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baharu skuad Harimau Malaya bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan susulan prestasi buruk skuad negara di kejohanan Piala AFF pada Disember lalu.

Jurulatih dari Korea Selatan itu dilaporkan menerima kontrak selama dua tahun daripada FAM, dan didatangkan bersama empat pembantu jurulatih.

Empat pembantu beliau terdiri daripada seorang jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan juga penganalisis perlawanan. Justeru itu timbul kerisauan ianya agak sukar bagi Kim Pan-gon melaksanakan tugas beliau kerana tidak mengenali pemain dan bola sepak jika tiada khidmat di kalangan jurulatih tempatan.

Semalam ejen kepada Nidzam Jamil melalui satu ciapan di Twitter mengesahkan  jurulatih itu menarik diri untuk menyertai pasukan kejurulatihan pasukan negara kerana menghormati kontrak selama dua tahun yang baru diikat bersama Selangor FC sebelum ini.

Nidzam menjadi jurulatih tempatan kedua berbuat demikian selepas Nafuzi Zain turut memberikan komitmen untuk terus membimbing Terengganu FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Berbanding dua jurulatih itu, Zainal pula tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas dilepaskan oleh Melaka United pada Januari lalu.

Zainal juga dianggap sebagai salah seorang jurulatih tempatan cukup berpengalaman di negara ini dan pernah membimbing beberapa pasukan lain di Liga Malaysia seperti Selangor, Pahang, dan Pulau Pinang sebelum ini.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Antara pencapaian Zainal selaku jurulatih adalah ketika membawa Pahang muncul juara Piala FA pada 2006 dan 2014, dan juga Piala Malaysia pada 2014.

Pada musim lalu, Zainal berjaya mengemudi Melaka United sehingga ke separuh akhir saingan Piala Malaysia sebelum disingkirkan Kuala Lumpur City FC melalui penentuan sepakan penalti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN