‘Bukan Keutamaan Saya’ – Solskjaer Enggan Fikir Mengenai Kontrak Baharu

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan memikirkan soal masa depannya selepas ditanya sama ada beliau mahu terus berkhidmat untuk jangka masa panjang di kelab tersebut.

Pengurus berusia 47 tahun itu menandatangani kontrak selama tiga tahun di Old Trafford, namun selepas hampir separuh perjalanan dengan mengendalikan 100 perlawanan. beliau masih belum berjaya medapatkan sebarang kejuaraan.

Musim lepas pastinya cukup memeritkan buat Solskjaer selepas tersingkir di peringkat separuh akhir dalam tiga kejohanan iaitu Liga Europa (UEL), Piala FA dan Piala Carabao serta menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ketiga.

https://twitter.com/socclab/status/1332965537811456003?s=20

Bagaimanapun beliau menegaskan beliau hanya mahu fokus dalam mendapatkan keputusan terbaik untuk pasukan di samping terus memastikan pemainnya berada pada tahap terbaik untuk setiap perlawanan.

“Orang seperti kami hidup bergantung dengan keputusan [perlawanan] dan segala segala yang saya mahukan untuk Manchester United adalah untuk terus meningkat sebgai pasukan dan juga kelab,” kata Solskjaer ketika ditemubual portal berita Manchester Evening News.

Tambah jurulatih warga Norway itu lagi, sebagai pengurus beliau perlu fikirkan perancangan jangka pendek dan jangka panjang dan beliau tidak pernah memikirkan apa yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan dirinya.

“Bukan itu perkara yang utama. Setiap keputusan adalah untuk kebaikan Manchester United.

“Untuk saya, semuanya tentang keputusan dan jika kami terus meningkat, kami mempunyai peluang yang baik untuk pasukan ini mendapatkan hasil yang dimahukan.”

Prestasi United di bawah kendalian Solskjaer boleh dianggap seperti yo-yo kerana tidak konsisten di mana mereka berupaya menang ke atas pasukan-pasukan utama tetapi gagal mengelak kekalahan atau keciciran mata apabila berdepan pasukan-pasukan berstatus bukan pilihan.

Namun pihak pengurusan kelab telah memberi jaminan akan terus memberikan kepercayaan terhadap beliau untuk terus membimbing The Red Devils walaupun terdapat spekulasi mengenai kemungkinan Mauricio Pochettino untuk menggantikannya.

Menjelang aksi menentang Southampton pada Ahad, United dalam misi untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam liga selelepas hanya mendudukan tangga ke-13 dengan 13 mata selepas lapan perlawanan.

Kemudian mereka akan menanti kunjungan Paris Saint-Germain (PSG) untuk perlawanan kelima peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di mana United kini sedang mendahului kumpulan H dengan sembilan mata.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ole Gunnar Solskjaer dan Manchester United:

Ed Woodward: Man Utd Beri Komitmen Penuh Kepada Solskjaer

Bukan Ronaldo Atau Messi, Solskjaer Pilih Maradona Sebagai ‘GOAT’

Juventus Nak Beli Van De Beek Kalau United Tak Pandai Guna

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN