Bukan Hanya Lee Tuck, Sergio Aguero Juga Rasmi Bergelar Pemain Tempatan

Lee-Tuck-Sergio-Aguero-Sri-Pahang-pemain-tempatan

Operator Liga Malaysia (Liga M), Malaysian Football League (MFL) akhirnya mengumumkan dua pemain import Sri Pahang, Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain tempatan bermula pada saingan Piala Malaysia 2022.

Keputusan tersebut dibuat dan dikuat kuasakan pada hari ini. Namun, Sri Pahang masih perlu menanti sehingga saingan Piala Malaysia bermula untuk membolehkan kedua-duanya diturunkan beraksi bersama skuad itu.

Sebelum ini, Tuck mengumumkan pada 31 Ogos lalu bahawa beliau sudah sah menjadi warganegara Malaysia. Namun, ketika itu, status Aguero masih belum dipastikan sepenuhnya kerana tiada pengumuman rasmi dibuat.

“Hari ini, akhirnya saya boleh dan secara rasmi mengatakan saya adalah Warganegara Malaysia.”

“Saya benar-benar bersyukur mendapat Kewarganegaraan Malaysia. Ia adalah jalan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini tetapi ini adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan.”

Menurut MFL, mereka telah meluluskan rayuan Sri Pahang mendaftarkan Tuck dan Aguero selepas cubaan mendaftarkan mereka pada jendela perpindahan kedua yang berakhir pada 24 Jun lalu, belum diluluskan.

“Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan bahawa rayuan Sri Pahang FC untuk mendaftarkan dua pemain naturalisasi sebagai pemain tempatan diluluskan”

Selain itu, pindaan turut dibuat terhadap Perkara 3.4.9 (ii) Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia yang menurut MFL bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Ia sekaligus membolehkan mana-mana pemain import yang sudah tinggal melebihi lima tahun di Malaysia, didaftarkan sebagai pemain tempatan.

Ia selaras dengan Peraturan Kelayakan yang termaktub dalam Statut FIFA iaitu pemain tersebut perlu tinggal selama lima tahun berturut-turut di negara tersebut sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan.

“Maka, peraturan pemain yang memperoleh kewarganegaraan akan dipinda dan berkuatkuasa serta merta di mana implementasi peraturan tambahan lima tahun bagi pemain naturalisasi tidak lagi sesuai diguna pakai.”

Menariknya, pengumuman MFL ini dibuat selepas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago tampil mempersoal isu kewarganegaraan Tuck.

Menurut beliau yang berharap isu tersebut sampai kepada menteri berkaitan, terdapat lima persoalan antaranya kriteria Kewarganegaraan melalui Penaturalisasian Perkara 19 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walau apa pun persoalan yang ditimbulkan kini, Lee Tuck dan Sergio Aguero kini sudah boleh didaftar sebagai pemain tempatan dan aksi mereka akan dapat disaksikan bersama Tok Gajah seawal saingan Piala Malaysia 2022.

Untuk rekod, kedua-duanya berada di Malaysia sejak 2017 selepas Tuck menyertai Negeri Sembilan, sementara Aguero pula Melaka United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN