Adakah Lee Tuck Bakal Barisi Skuad Kebangsaan Menjelang Piala Asia?

Lee Tuck warganegara Malaysia Sri Pahang skuad kebangsaan

Impian pemain Sri Pahang FC, Lee Tuck untuk menjadi pemain skuad kebangsaan semakin hampir apabila telah menjadi warganegara Malaysia.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemain itu dalam akaun Instagramnya, sebentar tadi dan khabar itu disambut dengan deretan ucapan tahniah.

“Hari ini, akhirnya saya boleh dan secara rasmi mengatakan saya adalah Warganegara Malaysia.”

“Saya benar-benar bersyukur mendapat Kewarganegaraan Malaysia. Ia adalah jalan yang sukar dengan membuat pengorbanan untuk sampai ke sini tetapi ini adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan.”

Lee Tuck Tunggu Kebenaran FAM Untuk Wakili Malaysia

Setelah lama menanti peluang memiliki kewarganegaraan Malaysia dan menyarung jersi Harimau Malaya, kini peluang buatnya semakin hampir.

Cuma tidak dapat dipastikan sama ada beliau diiktiraf sebagai pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh ataupun pemain warisan seperti Matt Davies. Apa yang pasti, Sri Pahang sudah boleh menggunakannya.

Menyertai Sri Pahang sejak 2021 dan kembali boleh memperkuatkan pasukan pada musim ini selepas kembali daripada pinjaman bersama Terengganu, beliau tidak dapat diturunkan disebabkan status warganegara.

Beliau kembali ke Terengganu secara pinjaman pada Mei 2021 selepas tampil 11 kali bersama Sri Pahang, tetapi di sana, beliau tampil tiga kali.

Kembali bersama Tok Gajah, kelibat Lee Tuck tidak kelihatan sehingga kini dan ia menimbulkan pelbagai persepsi tentang isu kontraknya.

Ini kerana, Sri Pahang sudah memiliki cukup kouta pemain import dan beliau masih menanti khabar proses permohonan kewarganegaraan Malaysia yang sudah lama berlangsung. Untuk itu, beliau telah tersisih.

Dengan telah memiliki kewarganegaraan Malaysia kini, adakah beliau sudah boleh meninjau ke Wisma FAM untuk sebarang slot bersama skuad negara?

Apa yang penting ketika ini, beliau perlu mencari semula rentak dan prestasinya bersama pasukan selepas sekian lama tidak turun beraksi.

Untuk memikirkan slot bersama Harimau Malaya, ia adalah langkah keduanya selepas berjaya meraih minit permainan dan keyakinan pengendali skuad negara, Kim Pan-gon. Berusia 34 tahun, jelas beliau masih boleh menyumbang sesuatu untuk jentera tengah skuad negara nanti.

Ini kerana, kapten Selangor, Brendan Gan – yang berusia 34 tahun juga dilihat masih berada dalam perancangan Kim apabila kembali beraksi.

Dalam pada itu, Lee Tuck dalam ‘posting’ di Instagram turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya selama ini dalam prosesnya untuk mendapatkan kewarganegaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN