‘Bukan Calang-Calang Pengadil Nak Lawan’ – FAM Tegaskan Tiada Kesalahan Kad Merah Kenny Pallraj

Kenny Pallraj Kad Merah 1

Tiada sebarang kesalahan pada keputusan pengadil Razlan Joffri Ali melayangkan kad merah kepada Kenny Pallraj ketika perlawanan Kuala Lumpur (KL) City menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkara tersebut ditegaskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi satu siaran media yang membentangkan laporan prestasi pengadil bagi hari perlawanan 3 Liga Super.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, Kenny dilayangkan kad merah pada minit ke-56 selepas beliau dikesan menyiku kepala Leandro Velasquez dari arah belakang ketika kedudukan masih lagi 1-0 memihak kepada JDT.

Ketua Jurulatih The City Boys, Bojan Hodak dalam temubual selepas perlawanan menyatakan pihaknya akan menghantar klip video kepada FAM, namun tiada sebarang aduan yang diterima oleh badan induk bola sepak kebangsaan tersebut.

“Saya Tak Mahu Komen Lanjut” – Bojan Hodak Bimbang Kena Denda Jika Ulas Hal Pengadil

Meskipun tiada aduan rasmi dibuat KL City, Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil tetap menyemak insiden berkenaan dan mendapati tiada kesalahan terhadap keputusan yang dibuat oleh Rizal Joffri.

“Laporan daripada Penilai Pengadil menyatakan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh pengadil dalam membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan Kuala Lumpur City FC, Kenny Pallraj,” ujar kenyataan tersebut.

“FAM tidak menerima sebarang surat aduan daripada Kuala Lumpur City FC.”

Sehari selepas perlawanan, Kenny Pallraj telah bertindak memuat naik satu status di akaun Twitter menyatakan “Malaysia dah merdeka, namun bola sepak Malaysia masih dijajah” dipercayai sebagai reaksi kepada keputusan pengadil ke atas dirinya.

Bagaimanapun rata-rata komen netizen di media sosial mengganggap pemain berusia 25 tahun itu terlalu berlebih-lebihan dan tidak profesional termasuklah tindakannya terus berkonfrontasi dengan pengadil selama beberapa minit walaupun telah pun diarah keluar padang.

Malah pengulas perlawanan ketika siaran langsung juga menyatakan ia adalah kesilapan yang jelas oleh Kenny.

Jelas beliau telah melakukan kekasaran ketika perlawanan telah dihentikan dan ia dilakukan pula betul-betul di hadapan pengadil Razlan Joffri.

Pengadil berusia 37 tahun tersebut merupakan pengadil FIFA dan namanya semakin dikenali sejak beliau cemerlang mengadili perlawanan akhir Piala Malaysia pada penghujung tahun lalu yang menemukan pasukan yang sama iaitu JDT dan KL City.

Pernah menganggotai skuad Olimpik 2008, Razlan Joffri juga telah diiktiraf selaku pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan berpengalaman mengendalikan perlawanan-perlawanan penting di peringkat antarabangsa.

Maka pengalaman beliau beraksi sebagai pemain pastinya sedikit sebanyak dapat membantu untuk menilai situasi dan kejadian ketika permainan sedang berlangsung. Malah berdasarkan rekod pengadilannya, beliau bukanlah seorang pengadil yang mudah untuk melayangkan kad merah.

Sesungguhkan amat sukar untuk mengatakan setiap perlawanan mampu diadili secara sempurna kerana realitinya pengadil juga adalah manusia biasa dan tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.

Namun pada pandangan Semuanya BOLA, Razlan Joffri telah membuat keputusan yang tepat terhadap layangan kad merah kepada Kenny Pallraj memandangkan pemain tersebut sudah pun menerima amaran dan kad kuning pertama, apatah lagi kekasarannya dibuat ketika perlawanan telah dihentikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN