Bujang Senang Lemas Di Lubuk Sendiri, Alessandro Celin Wira Kelantan!

Bagi skuad Bujang Senang, perlawanan terakhir Liga Super 2017 ini ibarat perlawanan akhir. Anak buah Pengiran Bala sudah pasti ingin mengejar kemenangan di halaman sendiri untuk memastikan bagi menjamin tiket untuk kekal di Liga Super pada musim hadapan.

T-Team hadir ke Kuching untuk mencari sekurang-kurangnya satu mata untuk memastikan pasukan dari pantai timur itu kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Tiada isu kecederaan melanda kedua-dua pasukan dan Penggiran Bala serta Rahmad Darmawan menurunkan kesebelasan terbaik yang dimiliki oleh skuad masing-masing.

Kredit: Shoot Sampai Bisak , Facebook

Secara keseluruhan separuh masa pertama perlawanan agak seimbang dengan kedua-dua buah pasukan bermain dengan corak permainan pantas.

Sarawak rancak memulakan serangan pada awal perlawanan. Namun T-Team memperolehi peluang terbuka untuk meletakkan pelawat dihadapan, namun Norhakim Hassan gagal meyudahkan hantaran lintang Yannick.

Tatkala T-team seperti sudah mendapat rentak perlawanan,  Sarawak pula cuba melakukan serangan melalui beberapa siri  serangan balas pantas yang berbahaya.

Minit ke-41 agak mendebarkan penyokong Sarawak yang hadir di Stadium Negeri pada malam ini apabila salah gerakan berbahaya T-Team kelihatan seperti telah berjaya menewaskan barisan pertahanan termasuk penjaga gol Sarawak, namun bola tolakan Hakim dinafikan oleh salah seorang pemain pertahanan Sarawak yang sempat mengeluarkan bola.

Kredit: Shoot Sampai Bisak, Facebook.

Kedudukan separuh masa pertama kekal tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Separuh masa kedua, Sarawak memulakan serangan dengan garang dan terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus. Namun demikian, serangan Sarawak yang diketuai oleh Mateo Roskam, sering dimatikan oleh pertahanan T-Team di kawasan ‘final third’ serangan.

Penjaga gol T-Team, Suhaimi Husin turut beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan dari pemain Sarawak.

Walaupun separuh masa kedua dikuasai sepenuhnya oleh skuad Bujang Senang, T-Team tetap masih mampu untuk mengancam kubu Sarawak melalui beberapa percubaan.

Minit ke-79 perlawanan, percubaan Fakhrurazi hampir meletakkan pelawat di hadapan, namun percubaan jarak jauh pemain itu sedikit melewati palang.

Kredit: Shoot Sampei Bisak, facebook

Sarawak turut memperolehi deretan peluang. Namun percubaan pemain-pemain pasukan Sarawak sering kali tersasar atau pun diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

5 minit masa tambahan diberikan pengadil menyaksikan T-Team berkampung di tempat sendiri tatkala Sarawak cuba mencari gol kemenangan yang sangat diperlukan.

Namun pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat dan perlawanan berkesudahan Sarawak 0-0 T-Team.

Sarawak FA: Shahril Sa’ari (PG), Demerson, Tommy Mawat, Mateo Roskam, Rames Lai, Dzulazlan, Hairol Mokhtar, Shreen Tambi, Mohamad Alif, Sahil Suhaimi, Milos Raickovic.

T-Team FC: Suhaimi (PG),Kamal Azizi, Maiga, Aqil, Hasbullah (K), Hassan Basri, Dilshod, Asrol, Norhakim, Mamu, Yannick

Sementara itu di Stadium Hang Jebat, Kelantan hadir ke Melaka dengan misi wajib menang sambil mengharapkan Sarawak keciciran mata di Kuching.

Namun Melaka United menunjukkan indikasi awal bahawa mereka serius dan tidak sanggup untuk tewas dalam perlawanan terakhir musim ini di hadapan penyokong sendiri.

Seawal minit pertama lagi, Khairul Fahmi terpaksa mulai menepis beberapa percubaan bahaya dari barisan serangan pasukan Melaka yang diketuai oleh Marko Simic.

Kredit: MUSA, facebook

Kelantan turut memiliki peluang mereka sendiri. Minit ke-10 perlawanan, percubaan Norfarhan melepasi gawang gol Melaka selepas satu hantaran cantik daripada Indra Putra.

Menyedari mereka tiada pilihan selain daripada memburu kemenangan, Kelantan terus mengasak kubu Melaka. Namun Kelantan dikejutkan oleh gol daripada Nicholas Swirad selepas pemain itu menanduk kemas sepakan percuma yang diperolehi oleh pasukan Melaka.

Kelantan tidak berputus asa dan melakukan beberapa gerakan berbahaya ke arah gawang Melaka United selepas itu, namun gagal memecah kebuntuan.

Kredit: TRW, Facebook

Keputusan separuh masa pertama tamat dan kedudukan kekal Melaka United 1-0 Kelantan.

Separuh masa kedua, Kelantan terus melakukan asakan dalam misi mencari gol penyamaan. Akhirnya Kelantan menemui gol yang mereka cari-cari apabila tandukan deras Abou Bakr menerjah masuk pada minit ke-74 perlawanan.

Minit ke-76 perlawanan, Kelantan melakukan pertukaran dengan memasukkan Alessandro Celin dan mengeluarkan Muhd Fadhillah. Celin tidak menunggu lama untuk memberikan impak di dalam perlawanan.

4 minit selepas dimasukkan Alessandro Celin menanduk tepat hantaran Morgaro Gomis untuk meletakkan pasukan Kelantan di hadapan.

Celin terus berselera selepas itu. Minit ke-88 perlawanan, rembatan padu kaki kanan Alessandro Celin sekali lagi menewaskan penjaga gol Melaka, Fazly Paat untuk Kelantan mendahului selesa 3-1.

Kedudukan kekal sehingga ke wisel penamat, Melaka United 1-3 Kelantan.

Melaka United: Fazly Paat (PG), Puaneswaran, Nicholas Ryan, Jasmin, Khair Jones, Jeon Woo Youngm Surendran (K), Sivanesan, Felipe Souza, Fauzi Roslan, Marko Simic

Kelantan FA: Khairul Fahmi (PG), M.Danso, Farisham, Daudsu J, Azwan, Fadhilah, Gomis, Badhri Radzi (K), Abou Bakr, Norfarhan, Indra Putra

Rumusan

Berdasarkan keputusan ini, bermakna Kelantan akan kekal bersaing di Liga Super 2018 pada musim hadapan. Sarawak gagal memanfaatkan peluang di tempat sendiri, dan keputusan seri tanpa jaringan ini bermakna skuad Bujang Senang akan tersingkir ke 100Plus Liga Premier pada musim hadapan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN