Mourinho: Kami Mengawal Mereka Dalam Perlawanan Ini’

Jose Mourinho

Anthony Martial sekali lagi menjadi supersub untuk menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Manchester United menang 1-0 ke atas Tottenham Hotspur.

Kredit juga kepada tandukan cantik Lukaku yang mencipta peluang kepada Martial. Jose Mourinho menyatakan yang pasukan beliau berhak menang kerana menjadi pasukan lebih baik. Mourinho berkata:

“Ini perlawanan yang sukar dan saya jangkakan ia berakhir seri. Kedua-dua pasukan mencuba segalanya untuk menang kerana tahun lawan masing-masing memiliki kekuatan tersendiri.”

“Selain daripada peluang Dele Alli, kami adalah pasukan yang lebih banyak mencipta peluang. Kami mengawal mereka dalam perlawanan ini. Secara taktikal, ianya sukar untuk kedua-dua pasukan serta pengadil.”

“Ianya satu perlawanan yang keras dan agresif. Kami tahu, satu kesilapan pertahanan sahaja kami boleh kalah dan itu yang berlaku kepada mereka. Kami mencuba dalam perlawanan ini dan berhak untuk menang.”

Tottenham Hotspur jelas merasai ketiadaan Harry Kane di hadapan gol. Pengurus Spurs merasakan ia adalah perlawanan yang seimbang.

“Ianya pertarungan yang seimbang. Agak memalukan untuk kami kalah. Kedua-dua pasukan memiliki peluang dalam perlawanan ini.”

“Satu perlawanan yang sukar dan saya rasa kami berhak mendapatkan keputusan yang lebih baik. Saya bangga dengan usaha pemain-pemain saya. Cuma nasib tidak menyebelahi pada 10 minit terakhir, kami bolos. Itu adalah kesilapan kami.”

“Dalam bola sepak, ada masa-masa tertentu anda harus lebih tenang dan kesilapan seperti ini akan berlaku. Tetapi, kita harus melupakannya dan cuba memperbaikinya. Kami tidak boleh menukar keputusan.”

Mauricio Pochettino

“Kami bertahan dengan baik. Kami sentiasa mengawal rentak kami. Kami memiliki penguasaan bola dan saya akui kami kurang mencipta peluang.”

“Dalam perlawanan seperti ini, anda buat silap, anda kalah.”

Leave a Reply