Penjaga gol lagenda Juventus Gianluigi Buffon memberitahu Football Italia yang beliau sangat dahagakan UCL.
Buffon juga berseloroh ketika ditanya, adakah beliau mengimpikan Ballon d’Or sekiranya beliau berjaya membantu Juventus menjuarai UCL.
“Jika ia berlaku, memenangi Ballon d’Or selepas menjuarai UCL. Saya anggap ia penamat dongeng yang sempurna.”
Kali pertama dan terakhir penjaga gol memenangi anugerah pemain terbaik dunia adalah pada 1963 menerusi Lev Yashin.
Minta tips dari Dani Alves
Buffon berkongsi cerita beliau menghantar teks pesanan ringkas kepada Dani Alves di hari pertama pemain tersebut disahkan milik Juventus.
“Ketika dia sah menandatangani kontrak dengan kami, saya terus menghantar mesej: Ajar saya cara untuk memenangi UCL.”
“Ia memerlukan anda buang ego dan sedia untuk berdiskusi dengan orang seperti Dani Alves. Saya telah banyak belajar banyak benda baru tentang bola sepak daripada beliau.”
“Dah lama saya tidak mempelajari sesuatu sebanyak itu.”
“Pemain seperti Dani, Ronaldo dan Messi adalah jenis yang tidak pernah rasa puas. Mereka sentiasa dahagakan kemenangan”
“Dani Alves, seorang yang sama seperti saya, jenis manusia optimistik. Dari awal lagi kami optimistik yang kami akan sampai ke final dan mampu memenanginya.”
Dani Alves memainkan peranan sangat penting dalam kempen UCL Juventus musim ini. Beliau yang dilepaskan oleh Barcelona secara percuma .
Adakah Buffon akan berjaya untuk menjulang UCL pada kali ini?