Buffon Selar Harga Neymar, Bayangkan Persaraan Pada Penghujung Musim

Gianluigi Buffon (gambar bawah) mengakui pasaran pemain menjadi carca marba pada jendela perpindahan musim panas ini dengan sebahagian daripada harga pemain hanya dinilai secara rawak.

Bintang Juventus itu mengakui beliau tidak boleh memahami jumlah nilai yuran perpindahan yang perlu dibayar untuk mendapatkan seseorang pemain.

Mengambil contoh Neymar, pemain antarabangsa Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan dari Barcelona ke Paris Saint-Germain pada jendela perpindahkan musim panas ini dengan nilai perpindahan berjumlah €222 juta.

Satu lagi saga yang sedang hangat diperkatakan di media ialah membabitkan perpindahan prospek muda Kylian Mbappe dari AS Monaco dengan nilai perpindahan mencecah €180 juta.

Manchester City, Real Madrid, PSG dan Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan Mbappe.

“Semua nilai itu kedengaran seperti tidak benar,” kata penjaga gol berusia 39 tahun itu kepada Gazzetta dello Sport.

“Saya sudah tidak faham apakah kaedah sebenar untuk menilai nilai seorang pemain. Nilai yang dikatakan itu semua hanya nilai yang dipetik secara rawak. Segalanya ditentukan oleh mereka yang mempunyai paling banyak wang.”

(Photo by Ricardo Botelho/LatinContent/Getty Images)

 

Dalam perkembangan berasingan, pemain yang sudah dianggap sebagai legenda di Juventus itu berpendapat AC Milan akan menjadi pesaing utama Juventus dalam misi mengejar kejuaraan Serie A pada musim hadapan.

“Saya berpendapat AC Milan akan muncul sebagai pesaing berdasarkan jumlah pelaburan yang mereka telah belanjakan, walaupun di dalam ketidaktentuan nilai pemain di pasaran,” jelas Buffon.

Juventus akan bersaing untuk memenangi kejuaran Serie A mereka yang ke-7 secara berturut-turut pada musim hadapan selepas memenangi gelaran yang ke-6 pada Mei lalu.

AC Milan turut mendapatkan rakan sepasukan Buffon di Juventus, Leonardo Bonucci (gambar atas) pada harga €42 juta.

Buffon turut membayangkan saingan Serie A pada musim hadapan kemungkinan adalah yang terakhir untuk beliau sebelum mengambil keputusan untuk bersara pada penghujung musim.

Sumber:

1. Robin Bairner, Goal (2017): ‘WHY IS NEYMAR NOT WORTH €600M?’ – BUFFON PUZZLES OVER BARCELONA STAR’S FEE; http://beta.goal.com/en-gb/news/why-is-neymar-not-worth-600m-buffon-puzzles-over-barcelona-stars-/1q49b1gbb49or1axrn0getk09k

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN