FAM Harus Terbuka Dengar Kritikan, Guna Perbaiki Kelemahan

Kamarudin Abdullah yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak boleh menghalang kritikan terhadap badan induk itu jika pengkritik tersebut terlibat secara langsung di dalam Liga Malaysia.

Kamarudin berpendapat FAM sepatutnya terbuka untuk menerima kritikan yang diberikan kepada mereka selagi ia tidak melanggar peruntukkan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun beliau bersetuju bahawa kritikan yang dilontarkan tidak boleh melampaui batas.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian kepada wartawan Beita Harian.

Kamarudin berpendapat undang-undang yang terdapat di dalam Artikel 88 tidak sepatutnya digunakan untuk menyekat kebebasan bersuara pihak yang terbabit secara langsung dalam kancah bola sepak negara.

Malah kritikan yang dilontarkan seharusnya digunakan oleh FAM untuk memperbaiki kelemahan, terutamanya yang membabitkan mutu pengadilan di Liga Malaysia.

Sejak sepak mula Liga Malaysia pada awal tahun ini, Liga Malaysia tidak pernah sunyi dari kontroversi yang melibatkan keputusan pengadil.

Terbaru, gol kemenangan Mohamad Ghaddar yang memberi kemenangan 2-1 JDT ke atas Perak dalam saingan Liga Super pada Rabu lalu hangat diperkatakan oleh komunitin bola sepak terutama di media sosial.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Kamarudin Abdullah dipetik sebagai berkata kepada wartawan Berita Harian:

“Saya fikir semua pihak berhak melontarkan kritikan mereka, malah Artikel 88 juga tidak boleh menyekat kebebasan bersuara.

“Kritikan sememangnya akan membantu FAM memperbaiki kelemahan mereka terutama mutu pengadil Liga M yang hangat diperkatakan sekarang ini.

“Kritikan bagaimanapun berbeza dengan tuduhan. Jadi, jika tuduhan tidak berasas yang boleh menjatuhkan reputasi mereka, FAM memang berhak ambil tindakan.”

Kamarudin memberi penjelasan sedemikian untuk mengulas hukuman pergantungan selama 18 bulan dan denda sebanyak RM30,000 yang dikenakan ke atas Ketua Jurulatih Pahang FA, Dollah Salleh.

Sebelum ini Dollah pernah memberi kenyataan yang didakwa mempersoalkan mutu pengadilan selepas perlawanan antara Pahang FA dan Felda United.

Beliau didenda oleh badan induk bola sepak negara itu kerana mengeluarkan kenyataan membabitkan FAM tanpa kebenaran.

Dollah Salleh didakwa melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 88 Statut FAM.

“Sebelum ini Artikel 88 memang ketat, jika kritik sikit pun sudah kena hukum. Tapi sekarang ia sudah dilonggarkan sedikit. Namun mungkin masih ada yang tidak faham atau tidak baca pun mengenai statut FAM dengan jelas,” jelas Kamarudin lagi.

Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan (Dollah Salleh) dikenakan penggantungan pada 9 bulan pertama, berkuatkuasa pada 21 Julai 2017 sehingga 20 April 2018.

Bagi baki sembilan bulan kedua yang bertarikh 21 April 2018 sehingga 20 Januari 2019, hukuman akan ditangguh, tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan.

Jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama

Penangguhan hukuman ini akan dibatalkan dan hukuman pergantungan akan berkuatkuasa serta merta jika Dollah mengulangi kesalahan yang sama dalam tempoh itu.

Sumber: 

1. Mohamad Zulfaizan Mansor, Berita Harian (2017): Artikel 88 bukan halangan bersuara;
http://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/07/306361/artikel-88-bukan-halangan-bersuara

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN