Buffon: “Saya Sedia Untuk Bersara, Ada Donnarumma Dan Szczesny Jadi Pengganti”

Gianluigi Buffon memberitahu kepada wartawan dalam sidang media sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Itali dan Liechtenstein yang beliau sudah sedia untuk bersara.

Kontrak semasa Buffon akan berakhir pada Jun 2018 dan beliau menggambarkan musim hadapan sebagai musim terakhir beliau beraksi sebagai pemain profesional.

Buffon mengakui gembira dengan kehadiran Szczesny yang datang ke Stadium Juventus (J Stadium) untuk menggantikan beliau.

Beliau berkata:

“Saya sudah bersedia untuk bersara dengan Donnarumma di sini (Itali) dan Szczesny di Juventus.”

“Saya tahu semua ini tidak akan kekal selamanya. Pasukan sentiasa lebih penting daripada seorang pemain.”

Wartawan bertanya apakah perancangan beliau selepas bersara. Ini jawapan Buffon:

“Saya mahu berbakti kepada negara saya. Saya ingin menjadi jurulatih kebangsaan Itali pada suatu hari nanti.”

“Menjadi jurulatih untuk pasukan kebangsaan tidak terlalu ‘stress’ berbanding pengurus kelab.”

“Memang saya ingin menjadi jurulatih. Selepas bertahun-tahun berkeringat di dalam padang, pastinya saya mahu menikmati suasana di tepi padang pula.”

Wartawan kemudian bertanya tentang perasaan beliau selepas kekalahan di tangan Real Madrid pada final UCL. Buffon berkata:

“Kami sangat optimis menentang Real Madrid. Kami bermain berhadapan dengan kelab yang hebat. Namun saya gagal memenanginya.”

“Saya percaya, ramai pemain yang lebih teruk daripada saya berjaya menjulang kejohanan tersebut.”

“Saya telah menang dan kalah dalam banyak pertandingan sepanjang karier saya. Namun perlwanan sebesar final UCL sentiasa saya paling suka.”

“Musim hadapan kemungkinan besar musim terakhir saya di dalam pasukan. Saya akan cuba membantu pemain-pemain muda dan memainkan peranan sebagai ketua di dalam pasukan.”

“Kepada penyokong yang meraikan kekalahan Juventus dalam perlawanan final tempoh hari. Saya berbangga kerana tidak perlu menjadi seperti mereka, meraikan kekalahan pasukan lain di dalam final.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN