Rasmi! Fabio Capello Jadi Ketua Jurulatih Jiangsu Suning

Jiangsu Suning mengesahkan perlantikan Fabio Capello pada semalam. Bekas pengendali skuad kebangsaan England itu akan memulakan tugas serta merta menggantikan Choi Yong-Soo.

Choi Yong-Soo yang meletak jawatan selepas Jiangsu Suning tersingkir daripada ACL di tangan Shanghai SIPG pada Mei lalu.

Choi dipercayai akan mencari kerja baru di negara asal beliau Korea Selatan.

Fabio Capello adalah jurulatih yang memiliki profil sangat tinggi dalam bola sepak dunia. Beliau pernah menjuarai UCL bersama AC Milan pada 1994.

Capello mengikut jejak langkah rakan senegara beliau, Marcello Lippi yang dilantik menjadi jurulatih kebangsaan skuad China.

Jiangsu Suning kini berada di tangga ke-15 daripada 16 pasukan dalam CSL dan hanya memenangi 1 perlawanan setakat ini. Pasukan yang berbelanja besar ini dibarisi oleh Ramires dan Alex Texeira.

Mereka layak ke pusingan kalah mati ACL 2017 namun tersingkir. Musim lalu, Jiangsu Suning menamatkan saingan liga di tangga ke-2. Mereka juga menjadi naib juara Piala FA China.

Kehadiran Fabio Capello diharap dapat memperbaiki prestasi pasukan Jiangsu Suning. Namun begitu, apa yang lebih penting, Capello dijangka akan menerima dana besar untuk pembentukan pasukan musim hadapan.

Fabio Capello sebelum ini pernah menjadi pengurus kelab kepada AC Milan, Roma, Juventus, dan Real Madrid.

Di peringkat kebangsaan, selain daripada England, Fabio Capello juga pernah menjadi jurulatih Russia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN