Buffon Mahu Menghantuk Pemain Lain Pada Perlawanan Terakhir!

Gianluigi Buffon adalah penjaga gol yang merentasi dekad. Beliau masih lagi menjadi penjaga gol nombor 1 di Itali dan juga Juventus.

Buffon yang sudah berusia 39 tahun seakan-akan tidak pernah tua di dalam padang. Beliau akan bermain perlawanan senior ke-1000 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Albania.

Ketika ditanya wartawan, bagaimanakah cara yang akan dipilih oleh Gianluigi Buffon untuk mengakhiri karier beliau pada suatu hari nanti.

Buffon berkata, beliau masih tidak terfikir sangat tentang hal tersebut.

Namun beliau berkata, mungkin akan memilih untuk meniru aksi rakan baik beliau Zinedine Zidane iaitu dengan menghantuk pemain lain pada perlawanan terakhir.

Pada Piala Dunia 2006, Zinedine Zidane telah menghantuk Materazzi dalam perlawanan final. Ia memang insiden yang kekal dalam ingatan semua.

Buffon berkata:

“Saya tidak pernah terfikir tentang perlawanan terakhir saya. Saya mungkin akan meniru Zinedine Zidane, menghantuk pemain lain pada perlawanan terakhir.”

“Tetapi, sebelum saya memikirkan tentang cara mengakhiri karier saya, kami perlu pergi ke Piala Dunia Russia 2018 terlebih dahulu.”

“Perlawanan terakhir saya adalah di sana (jika mara).”

Gianluigi Buffon sebelum ini pernah berkata, Piala Dunia 2018 adalah yang terakhir untuk beliau. Ianya selepas aksi cemerlang beliau semasa Piala Eropah 2016 yang lalu.

Baca juga: Delofeu Mahu Kekal Beraksi Cemerlang Untuk Milan Bukannya Untuk Pulang Ke Barca!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN