Delofeu Mahu Kekal Beraksi Cemerlang Untuk Milan Bukannya Untuk Pulang Ke Barca!

Barcelona dikatakan mahu membeli balik pemain mereka Gerard Delofeu dan berharap ia akan dapat diselesaikan sebelum Delofeu melakukan perpindahan tetap ke AC Milan.

Sebelum ini, Barcelona telah meminjamkan Delofeu ke Everton. Pada perpindahan musim lalu, Delofeu telah menyertai Everton secara tetap dengan harga £4.2 juta.

Terkandung satu klausa beli balik dalam kontrak beliau. Pada jendela perpindahan Januari, Delofeu gagal untuk berpindah secara tetap ke AC Milan.

Ini kerana Milan masih menunggu transisi pemilikan kelab dan Everton setuju untuk meminjamkan pemain ini dengan opsyen tetap.

Jadi, buat masa ini, Barcelona masih berhak ke atas klausa beli balik itu dari Everton.

Buat masa ini, bintang muda graduan La Masia ini menjadi bakat yang sensasi di AC Milan.

Hanya selepas 9 perlawanan bersama AC Milan, beliau sudah dipanggil oleh pengendali baru Sepanyol, Julen Lopetegui.

Prestasi Delofeu ini telah mendapat perhatian Pengarah Sukan Barcelona iaitu, Robert Fernandez.

Beliau memang dalam proses untuk mencari pemain baru untuk musim hadapan. Jadi, beliau merasakan Delofeu adalah calon yang lebih baik dan lebih murah.

Beliau berkata:

“Dia tidak bermain banyak di Everton. Apabila di Milan, Delofeu bermain sangat baik sehinggakan sekarang dia dipanggil ke skuad kebangsaan Sepanyol.”

“Apa yang melegakan kami adalah, kami memasukkan klausa beli balik beliau yang bernilai €12 juta.”

“Dengan adanya klausa ini, kami sedikit lega dengan adanya kemungkinan untuk mendapatkan beliau.”

Berita ini sampai ke pengetahuan Delofeu. Namun beliau hanya tersenyum dan berkata beliau tidak perlu memikirkan pasal hal itu buat masa ini.

Delofeu tidak melihat perpindahan semula ke Barcelona adalah pilihan yang terbaik buat masa ini.

Beliau gembira dengan perkembangan beliau di AC Milan dan tidak mahu merosakkan apa yang ada sekarang.

Di antara Milan dengan Barca, Delofeu lebih memikirkan isu untuk menambat hati pengurusan Milan dan mendapatkan kontrak tetap di San Siro.

Delofeu tidak yakin beliau akan memecah masuk pasukan utama Barcelona jika beliau balik semula ke Camp Nou.

Delofeu dahagakan aksi utama di dalam pasukan berbanding dengan memanaskan bangku simpanan.

Baca juga: Era TMJ, Antara 10 Perkara Yang Dijangka Akan Berlaku Kepada Skuad Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN