Budak Milo Pertama Dilayangkan Kad Merah Di Ireland

Budak milo adalah gelaran untuk ballooy. Ia adalah bahasa santai oleh orang kita.

Dalam satu perlawanan di antara Ballymena dan Coleraine dalam Irish Premier League pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Kedua-dua pasukan hanya seri 1-1. Perlawanan ini bukanlah perlawanan tumpuan. Sebaliknya ada insiden pelik yang menjadi tumpuan.

Pasukan pelawat Coleraine mendahului  Eoin Bradley. Bradley gagal menyempurnakan penalti namun tindakan susulan beliau berjaya menghasilkan gol.

Pasukan tuan rumah bergelut untuk menyamakan kedudukan.

Sehinggalah pada minit ke-80, pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik, Johnny McMurray.

Gol ini diraikan dengan penuh keghairahan dan agak liar. Ada penyokong yang masuk ke padang untuk meraikan gol tersebut.

Pengadil meleraikan keraian mereka dan telah mengakibatkan seorang budak milo dibuang padang.

Pengadil menjelaskan, kesalahan ballboy itu adalah meraikan gol secara melampau dan mengganggu pengadil untuk memulakan semula perlawanan.

Dalam peraturan baru FIFA, pengurus pasukan, pemain simpanan dan staf kejurulatihan boleh diarahkan keluar dari kawasan teknikal.

Untuk kes ballboy, ini yang pertama rasanya. Agak terkejut juga budak itu dan penyokong-penyokong di situ.

Peristiwa itu turut menggeletek jiwa pengurus akaun sosial Ballymena United FC.

Entah apalah yang sedang difikirkan budak itu sekarang. Adakah dia layak untuk menjadi ballboy dalam perlawanan seterusnya selepas terkena kad merah?

Mungkin FA-Ireland sedang menyemak kes itu untuk menyatakan jumlah penggantungan budak tersebut.

Baca juga: Adakah Alexandre Lacazette Bakal Sertai Atletico Madrid Musim Hadapan?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN