Kisah Bagaimana 5 Derbi Terakhir, 5 Pengurus Baru Dilantik!

Percayakah anda, sudah lima kali berturut-turut East Midlands Derby, kedua-dua kelab ini bertukar pengurus?

Dalam perlawanan East Midlands Derby menyaksikan Nottingham Forest menentang Derby County baru-baru ini, Derby County baru saja melantik Gary Rowett pada Selasa lepas.

Begitu juga dengan seteru di City Ground, Forest melantik Mark Warburton sebagai pengurus baru.

Sebelum ini, Gary Rowett menguruskan Birmingham City manakala Mark Warburton menguruskan Glasgow Rangers.

Kedua-dua kelab baru saja menamatkan khidmat pengurus masing-masing. Steve McClaren disingkir pada 12 Mac lalu manakala Forest tamatkan khidmat Philippe Montanier pada pertengahan Januari.

5 kali pertembungan liga, 5 kali bertukar

Pada 17 Januari 2015, Derby di bawah kendalian Steve McClaren menentang Forest yang dibimbing Stuart Pearce di Pride Park. Derby tewas 1-2 kepada Forest.

Tarikh 6 November 2015 menyaksikan Paul Clement pula dipertaruhkan Derby untuk menentang Dougie Freedman yang menjadi pengurus Forest di City Ground. Forest menewaskan Derby 1-0.

Kemudiannya pada 19 Mac 2016, Darren Wassall pula diletakkan oleh Derby menentang Paul Williams yang dijadikan pengurus sementara Forest.

Perlawanan itu diadakan di Pride Park dan Derby menang ke atas Forest dengan jaringan 1 gol tanpa balas.

Seterusnya pada 11 Disember 2016, Steve McClaren kembali ke Derby. Kali ini beliau berhadapan Forest di bawah bimbingan Philippe Montanier. Forest tewas sekali lagi dengan memboloskan 3 gol.

Akhirnya pertemuan semalam (18 Mac 2017), Gary Rowett bertembung Mark Warburton di City Ground. Kedua-dua kelab seri 2-2.

Kenapa kerap bertukar pengurus?

Kedua-dua kelab East Midlands ini dipunyai oleh pengerusi yang tidak sabar. Beberapa kali pengurus agak berkaliber keluar masuk. Bayangkan Steve McClaren dua kali dipecat Derby!

Forest pun sama, sentiasa tidak konsisten dengan pengurus.

Entah apa di fikiran pemilik kelab!

Harus diingat, bola sepak bukan tempat mencari bakat penyanyi segera yang diundi oleh peminat. Ia memerlukan masa untuk ditanam, dibaja dan disemai.

Macam-macam!

Baca juga: Sang Kenari Dan Helang Merah Yang Terbang Sama Tinggi Dan Sama Gah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN