Quantcast

BERITA

Buat Hal Lagi, Jürgen Klopp Tampil Pertahankan Loris Karius Buat Kali Kedua

Penjaga gol Liverpool, Loris Karius sekali lagi membuat penyokong The Reds pening kepala.

Kali ini, beliau telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan dalam perlawanan persahabatan menentang Tranmere Rovers semalam.

Kesilapan Karius yang gagal menangkap bola dengan kemas pada minit ke-72 perlawanan hasil sepakan percuma Oliver Norburn membolehkan Johnny Smith berjaya menyumbat gol pertama buat Tranmere Rovers.


Walapun perlawanan tersebut dimenangi Liverpool, peminat lebih gemar untuk membicarakan tentang kesilapan yang dilakukan Karius pada perlawanan tersebut.

Karius tidak terlepas menerima kritikan dari para peminat Liverpool.

Pelbagai kritikan telah dilemparkan terhadap beliau antaranya dengan menyifatkan penjaga gol itu tidak sepatutnya bermain untuk Liverpool lagi.

Namun, pengurus The Reds, Jürgen Klopp telah tampil mempertahankan pengaja gol kelahiran Jerman itu dan terus menyokong persembahan beliau.

Bercakap selepas perlawanan, Klopp menjelaskan bahawa tiada siapa yang menyukai dengan jaringan tersebut dalam masa yang sama mengakui ianya sukar untuk diselamatkan.

“Kesalahan akan tetap terjadi. Saya tidak suka hal itu, tetapi saya percaya dia (Karius)  sama seperti saya, tidak menyukainya.”

“Dalam situasi itu, dia sebenarnya mampu untuk menyelamatkannya, akan tetapi bola itu laju dan sukar untuk ditanganinya.” ujarnya

Tambahnya lagi, “Lupakan perkara itu. Mari kita lakukan yang terbaik dan belajar dari kesilapan tersebut dan memperbaikinya.”

Karius mula menjadi perhatian dan menjadi bahan ejekan peminat sendiri selepas melakukan dua kesilapan mudah ketika menentang Real Madrid di final Liga Juara-Juara yang lalu.

Hasil rawatan susulan selepas itu, Karius disahkan mengalami gegaran otak selepas terlebih dahulu berlanggar dengan pemain pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!