Quantcast

BERITA

Daripada Seorang Penyokong, Kini Dalić Pimpin Croatia Di Pentas Akhir

“Pada 1998, saya berada di Perancis untuk menyaksikan tiga perlawanan  Croatia, saya hadir sebagai seorang penyokong ketika itu,” kata Zlatko Dalić.

20 tahun yang lalu, Zlatko Dalić hadir ke kejohanan Piala Dunia yang diadakan di Perancis sebagai seorang penyokong pasukan Croatia.

Pada ketika itu, skuad Croatia dianggap sebagai skuad generasi emas selepas berjaya membuat kejutan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 1998.

Namun, hasrat mereka untuk mara ke perlawanan akhir disekat oleh tuan rumah selepas tewas dengan keputusan tipis 1-2.

Dalić yang kini adalah pengurus pasukan Croatia menceritakan kembali kenangan beliau yang hadir sebagai penyokong ketika kejohanan tersebut.

Soccer Football – World Cup – Croatia Training – Kaliningrad Stadium, Kaliningrad, Russia – June 15, 2018 Croatia coach Zlatko Dalic during training REUTERS/Ivan Alvarado

Piala Dunia 1998 menyaksikan Croatia diundi dalam kumpulan H bersama Jamaica, Jepun dan Argentina.

Croatia berjaya meloloskan diri ke pusingan kedua selepas menduduki tangga kedua kumpulan H.

Di pusingan kedua, skuad Croatia tampil lebih bertenaga selepas berjaya menewaskan juara kumpulan G Romania 1-0 sekaligus melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Croatia yang ketika itu dibimbing oleh Miroskav Blaevic berdepan tugas berat dimana mereka bakal bertemu Jerman.

Diperkuatkan dengan beberapa pemain hebat mereka seperti Davor Šuker, Zvonimir Boban dan Slaven Bilić, Croatia telah menunjukkan semangat juang yang tinggi selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 keatas Jerman.

Kemenangan besar tersebut membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka.

“Saya melihat mereka (Croatia) berjaya membawa pasukan mara sehingga perlawanan separuh akhir.”

“Harapan saya ketika itu mahu melihat pasukan negara berjaya menewaskan Jerman dan melangkah ke perlawanan akhir.” Katanya.

“Selepas berjaya menewaskan Jerman, lawan yang menanti Croatia adalah Perancis. Bertemu tuan rumah adalah satu tugas yang sukar.”

France’s Lilian Thuram (centre, hidden) celebrates scoring the first goal for France with his teammates as Croatia’s Slave n Bilic (left) and goalkeeper Drazen Ladic (second left) look on (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Ujarnya lagi, “Saya pasti, seluruh warga Croatia masih tidak melupakan bagai mana pemain Perancis, Lilian Thuram menjaringkan dua gol menewaskan kami.”

“Jaringan dari Thuram itu menyebabkan kami tersingkir di Piala Dunia. Sehingga kini, sudah hampir  20 tahun, ianya masih menjadi topik perbahasan di Croatia.”

“Saya menonton perlawanan itu. Saya dan rakan-rakan sempat meraihkan gol pembukaan Croatia.”

“Namun tidak sampai satu minit, saya kembali terduduk apabila Perancis menyamakan semula kedudukan.”

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!