Bruno Suzuki Beri Sebab Kenapa PDRM Jadi Pilihannya Berbanding Kelab Di Thailand

Salah satu pendatang baharu saingan Liga Super musim hadapan iaitu PDRM dilihat tampil dengan persediaan sedikit perlahan dari segi beberapa aspek untuk memberi tanda tanya kepada penyokong bola sepak tempatan.

Menerusi rombakan yang telah dibuat dengan menggugurkan beberapa pemain musim lalu, sehingga kini PDRM hanya berjaya menandatangani dua import sahaja.

Selebihnya masih lagi dimaklumkan kepada umum dan pastinya ia menjadi tanda tanya dalam kalangan penyokong tentang calon import seterusnya.

Antara import baharu yang mencuri tumpuan ialah bekas pemain mereka sebelum ini iaitu Bruno Suzuki kembali menyarung jersi PDRM untuk musim 2023.

Bruno yang sebelum ini sudah pun hampir menyertai Bangkok FC di Thailand tidak mengambil masa yang lama untuk mengesahkan diri beliau membatalkan kontrak bersama pasukan tersebut demi PDRM.

Menurut penyerang lincah tersebut, kerana rasa rindu yang mendalam akan saingan Liga Malaysia (Liga-M) menjadi sebab kenapa Bruno tidak rela lepaskan peluang tawaran kontrak daripada Sang Saka Biru.

Jelas Bruno, kerinduan itu dirasai kerana saingan Liga-M dianggap sangat berkualiti selain menaikkan lagi tahap permainan semasa individu beliau.

Tambah penyerang berusia 32 tahun itu, menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyarung jersi PDRM menguatkan lagi sebab beliau ingin kembali menyertai pasukan tersebut.

Pada masa sama, Bruno juga meletakkan harapan sangat tinggi agar beliau mampu memberi impak positif untuk pasukan kendalian Azzmi Ab Aziz itu musim ini.

Walaupun begitu, Bruno juga sedar tugas beliau selaku penyerang import PDRM bukan mudah selepas menyedari mereka bakal bersaing dalam saingan utama Liga-M.

“Sebenarnya saya sudah bersetuju untuk terus menyarung jersi bersama kelab Bangkok FC selepas beraksi dengan pasukan itu pada musim lalu, saya pun gembira bermain dengan kelab berkenaan.

“Bagaimanapun tawaran yang hadir daripada pasukan PDRM FC tidak sanggup saya tolak, malah saya begitu terharu dan teruja untuk kembali mewarnai Liga M dan juga bersama bekas pasukan saya itu, lagipun saya mahu terus melangkah ke depan sebelum gantung but,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Bruno mempunyai pengalaman beraksi bersama banyak kelab di Jepun, Singapura, dan Thailand bersama rekod jaringan yang boleh dikatakan konsisten.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN