ANALISIS : Bagaimana Mudryk Mampu Bawa Nilai Tambah Kepada Jentera Serangan Chelsea

Mykhaylo Mudryk, pemain sayap yang direkrut Chelsea daripada kelab berpangkalan di Ukraine, Shakhtar Donetsk telah melakukan penampilan sulung beliau ketika aksi English Premier League (EPL) menentang Liverpool di Stadium Anfield.

Dalam usaha menambah sengat di jentera serangan pasukan, pengurus Chelsea, Graham Potter telah memasukkan pemain berusia 22 tahun tersebut untuk menggantikan Lewis Hall pada minit ke-55 perlawanan.

Sebagai salah seorang penyokong Chelsea, penulis beranggapan bahawa Mudryk telah ‘lulus’ ujian sulung bersama pasukan barunya apabila beliau mempamerkan aksi yang lincah serta berteknikal tinggi, untuk menghadirkan ancaman kepada pasukan Liverpool di bahagian ‘wide area’.

Dalam artikel analisis pada kali ini, kami akan kongsikan bagaimana Mudryk mampu menambah variasi, serta membawa nilai tambah buat jentera serangan Chelsea terutamanya ketika aksi menentang Liverpool tempoh hari.

Statistik 

Gambar di atas menunjukkan peta ‘heat map’ yang diperolehi dari portal ‘instats’ yang menunjukkan di mana Mudryk beroperasi untuk menghadirkan ancaman buat pasukan Liverpool.

Menerusi ‘heat map’ di atas, ianya jelas menunjukkan bahawa Mudryk aktif beroperasi di bahagian ‘wide area’ serta ‘half-space’ di sebelah kiri pasukan lawan.

Kualiti teknikal seperti kelajuan, kebijaksanaan taktikal, serta gelecekan dalam situasi 1 lawan 1 turut membantu pasukannya dalam aspek ‘ball progression’ ke zon serangan yang merbahaya.

Malah, gaya permainannya turut mengingatkan penulis akan kelincahan Eden Hazard dan Arjen Robben ketika mereka bermain untuk pasukan Chelsea satu ketika dahulu.

‘Positional Attacking’ Chelsea

Dalam usaha Chelsea untuk mengoptimumkan kualiti yang dimiliki Mudryk, mereka telah menyusun struktur serangan mereka berasaskan 4-3-3 (serta 4-2-3-1 mengikut situasi permainan).

Chelsea dilihat cuba mengasingkan Mudryk dalam situasi 1 lawan 1 bersama pertahanan lawan (James Milner serta Trent Alexander-Arnold) di bahagian ‘wide area’.

Oleh itu, mereka akan mencipta situasi ‘overloading’ di bahagian ‘wide area’ bertentangan, di mana kedua-dua pemain ‘fullbacks’ pasukan akan bermula di bahagian ‘deep area’ untuk menjemput Liverpool melakukan tekanan secara ‘high blocks’ 4-3-3.

Hakim Ziyech akan menyediakan ‘width’ buat pasukannya dan pemain kebangsaan Maghribi ini turut bermula di bahagian ‘deep’ untuk menarik Andrew Robertson keluar dari posisi bertahannya.

Struktur ‘positional attacking’ ini dilengkapi dengan peranan Kai Havertz yang akan menindih 2 pemain ‘centre backs’ pasukan lawan, sekaligus mengasingkan Mudryk bersama pertahanan kanan Liverpool dalam situasi 1 lawan 1.

Gambar di atas boleh menunjukkan bagaimana struktur ‘positional attacking’ yang diterangkan sebelum ini dilaksanakan oleh Chelsea.

Mason Mount yang aktif berada di ‘space in between the lines’ akan memudahkan pasukan Chelsea melakukan ‘penetration pass’.

Tugasan untuk mengeksploitasi ‘space in between the lines’ ini turut dilakukan oleh Kai Havertz yang memainkan peranan sebagai false 9′ dalam perlawanan ini.

Kedudukan Ziyech kerap menarik Andrew Robertson untuk keluar dari posisi bertahannya, serta tindakan menindih pertahanan lawan daripada Havertz akan membuka lebih banyak ruang buat rakan sepasukan, terutamanya dalam usaha Chelsea mengasingkan Mudryk dalam situasi 1 lawan 1 bersama pertahanan kanan Liverpool (James Milner).

Situasi ini membolehkan Chelsea mensasarkan bahagian ‘back post’ pasukan Liverpool menerusi larian-larian tepat yang dilakukan oleh Mudryk.

Pemahaman Taktikal Pasukan

Tatkala sebilangan besar pemain baru akan mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan intensiti serta tuntutan fizikal dalam saingan EPL, Mudryk dilihat tidak kekok untuk melaksanakan tuntutan taktikal yang diterapkan dalam perlawanan sulungnya ini.

Beliau mempamerkan ‘flexibility’ dalam aspek ‘positioning’, serta pergerakan tanpa bola yang membantu Chelsea dalam aspek ‘ball progression’.

Pergerakan tanpa bola ini turut menarik keluar pemain pertahanan Liverpool daripada posisi bertahan mereka, dan Mudryk memiliki kualiti teknikal yang membolehkan dirinya untuk bermain keluar daripada situasi ‘congested’, atau padat.

Sekaligus membolehkan Chelsea mengatur semula gerakan serangan mereka, serta mengambil kesempatan ke atas ‘shape’ pasukan lawan yang ‘disorganized’, serta membolehkan Chelsea menggerakkan bola ke bahagian ‘attacking third’ dengan lebih tersusun (ball progression).

Mudryk mempamerkan ‘mobility’ yang berkesan untuk kembali ke posisi serangannya.

Serta membolehkan Chelsea untuk sekali lagi mensasarkan bahagian ‘back post’ pasukan Liverpool.

Sekaligus membolehkan Mudryk memperoleh ‘shot on target’ menerusi gerakan serangan ini.

Pemahaman taktikal serta kualiti teknikal yang dimiliki Mudryk turut membolehkannya untuk memecahkan blok pertahanan lawan dengan pantas.

Menerusi gambar di atas, Mudryk menyediakan ‘depth’ pasukannya ketika Chelsea memperoleh fasa transisi serangan.

Mudryk menggunakan kepantasan serta kualiti gelecekannya yang baik untuk menarik keluar pemain pertahanan Liverpool bersamanya, sekaligus mencipta ruang buat Mason Mount.

Serta membolehkan dirinya untuk melakukan ‘penetration pass’ kepada Mason Mount yang telahpun berada di ruang kosong tersebut.

Mason Mount kemudiannya melebarkan permainan kepada Hakim Ziyech yang berada di kedudukan yang terbuka.

Namun percubaan Hakim Ziyech berjaya ditepis oleh pertahanan Liverpool.

Penutup

Meskipun Chelsea gagal menterjemahkan segala peluang terhidang kepada jaringan gol, namun ianya sedikit sebanyak dapat menunjukkan kepada kita bagaimana Mudryk mampu membawa nilai tambah buat jentera serangan pasukan ‘The Blues’.

Biarpun masih terlalu awal untuk menghamburkan pujian, namun sebahagian besar peminat Chelsea sudah pasti mengharapkan pemain baru mereka ini mempamerkan magis serta konsistensi untuk mengubah nasib pasukan kesayangan mereka dalam kempen liga domestik, dan juga saingan di pentas eropah dalam perlawanan UEFA Champions League (UCL).

Leave a Reply