Saingan English Premier League (EPL) terus bersambung dengan salah satu perlawanan tumpuan membabitkan pertemuan antara Arsenal dan Brighton And Hove Albions di Stadium Emirates.
Brighton yang ketika ini sedang mencari peluang untuk berada dalam kelompok lima terbaik dijangka bakal berdepan cabaran sukar daripada Arsenal yang kini sedang kemuncak prestasi.
Back on the road this weekend. 🛣️🔜 pic.twitter.com/SkxsZ7UNnk
— Brighton & Hove Albion (@OfficialBHAFC) May 12, 2023
Walaupun begitu, pasukan tersebut ketika ini sedang dihambat dengan isu kecederaan yang membabitkan beberapa pemain utama untuk berdepan Arsenal.
Musim ini boleh dianggap sesuatu yang sangat membanggakan buat Brighton selepas tampil dengan prestasi di luar jangkaan ramai termasuk penampilan beberapa pemain mereka sangat mencuri tumpuan.
Walaupun begitu, menerusi kecederaan beberapa pemain mereka ketika ini dijangka mungkin akan menjejaskan pasukan tersebut untuk terus menghidupkan peluang merebut kedudukan lima terbaik pada penghujung musim.
Terbaharu, tonggak sayap lincah mereka iaitu Solly March termasuk dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan ketika berdepan Everton pada perlawanan lalu dan terpaksa diketepikan untuk aksi menentang Arsenal menerusi laporan Sportbible.
Kehilangan March pastinya memeningkan Roberto De Zerbi, kerana pemain itu boleh dianggap sebagai salah satu kunci kekuatan Brighton di posisi serangan.
March setakat ini telah pun meledak tujuh gol bersama tujuh bantuan jaringan dalam saingan EPL, bersama corak permainan yang sangat menyakinkan untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.
Selain March, Brighton juga turut kehilangan pemain berpengalaman mereka untuk menghadapi Arsenal malam ini iaitu Adam Lallana selepas mengalami kecederaan di bahagian betis yang disifatkan sangat serius.
Selain itu, para pemain lain yang sah mengalami kecederaan ialah Tariq Lamptey, Joel Veltman, Jakub Moder, dan Jeremy Sarmiento turut tidak akan memperkuatkan brighton untuk aksi ini.
Apapun, Arsenal juga dilaporkan bakal kehilangan beberapa pemain mereka kerana isu kecederaan untuk menghadapi cabaran pasukan pelawat.
Dalam usaha untuk mencabar kejuaraan liga bersama Manchester City, jelas pasukan tersebut pastinya menghadapi sedikit tekanan mengenai isu kecederaan pemain.
🚨 Brighton will be WITHOUT Adam Webster & Solly March for their trip to Arsenal on Sunday, manager Roberto De Zerbi has confirmed. #afc
— afcstuff (@afcstuff) May 12, 2023
Dua pemain dijangka tidak akan diturunkan pada perlawanan malam ini ialah William Saliba serta Oleksandr Zinchenko dan bakal terlepas aksi sehingga penghujung musim.
Selain itu, barisan pemain lain berada pada tahap positif termasuk rangkaian serangan mereka yang sangat tajam musim ini untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat.