Brian Ferreira: Pengganti Jorge Pereyra Diaz Di JDT

Brian Ferreira adalah pemain import yang baru menyertai JDT pada awal musim 2017. Berikut adalah sedikit maklumat tentang beliau.

Maklumat ringkas

Nama: Brian Federico Ferreira
Kelab semasa : Johor Darul Ta’zim
Kelab sebelum: CA Velez
Tarikh lahir: 24.05.1994
Tempat lahir: Buenos Aires Argentinien
Tinggi: 1.76m
Kewarganegaraan: Argentina-Iraq
Posisi: Pemain Tengah Menyerang (Prima), Pemain Sayap (Kanan/Kiri)
Kaki prima: Kanan

Maklumat karier

Pada usia 22 tahun (pada tahun 2016), Brian Ferreira masih muda. Beliau adalah produk kelahiran akademi Velez Sarsfield. Ia adalah akademi bola sepak sama yang melahirkan pemain-pemain hebat seperti Carlos Bianchi dan Nicolas Otamendi.

Ferreira diserap ke dalam pasukan utama Velez Sarsfield pada Januari 2016. Beliau dianggap prospek yang baik semasa di Velez.

Namun beliau terpaksa dilepaskan oleh kelabnya pada September 2016. Ini kerana Velez Sarsfield berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal.

Ironinya selepas itu, beliau menyertai Olimpo – pasukan sama yang ditundukkan oleh 2 jaringannya ketika aksi liga Argentina.

Brian Ferreira menyertai JDT selepas pasukan Harimau Selatan tersebut ingin mencari pengganti untuk Jorge Pereyra Diaz.

Jika dibandingkan dengan Diaz, Ferreira adalah pemain yang berbeza gaya permainannya. Beliau merupakan pemain tipikal no.8. Manakala Diaz pula merupakan perancang no.10 ala central winger.

Tetapi Mario Gomez bukanlah jurulatih yang asing dalam mengenal pasti potensi sebenar pemain-pemainnya.

Tak mustahil Ferreira mampu membuatkan penyokong JDT lupa sebentar kehilangan Diaz jika beliau sanggup bekerja keras untuk mengubah gaya permainannya.

Ini kerana penyerang prolifik JDT pada musim 2016, Juan Martin Lucero sendiri terpaksa mengubah gaya permainannya sebelum mampu menjadi antara penjaring gol terbanyak JDT. Malah beliau mengambil masa sehingga 3 bulan sebelum dapat menjaringkan gol pertama beliau untuk JDT.

Dengan memegang pasport keraktyatan Iraq dan tidak pernah mewakili Argentina di peringkat senior, Ferreira juga secara teknikalnya adalah pemain dalam kuota Asia.

Oleh itu, Ferreira mempunyai lebih banyak masa dan peluang untuk membuktikan kemampuannya berbanding Lucero.

Dalam erti kata lain, tiada sebab untuk Ferreira gagal di JDT.

Baca juga:TMJ ‘Tembak’ Annuar Musa, Minta Penjelasan Tajaan Mara & UniKL Untuk TRW

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN