Brentford ‘Til I Die, Kelab Umumkan Pengarah Pengkebumian Rasmi Kelab

Brentford FC mengumumkan kerjasama dengan syarikat pengurusan pegkembumian G Saville & Son Limited.

Kelab tersebut turut mengumumkan syarikat itu sebagai rakan rasmi urusan pengkebumian

Mereka umumkan berita itu menggunakan slogan Brentford Til I Die (Brentford sampai mati) dengan simbol keranda, dan ia sangat simbolik dengan rakan baru mereka.

G. Saville & Son sudah ditubuhkan sejak lebih 150 tahun lalu di Wembley. Hari ini syarikat pengurusan pengkebumian itu diuruskan oleh generasi ke-5 keluarga Saville, Graham Saville dan Isterinya.

Graham Saville adalah peminat setia Brentford sejak berusia 11 tahun. Beliau tingal di Griffin Park sudah hampir 70 tahun.

Isterinya, Sue juga peminat setia Brentford dan mereka adalah pemegang tiket bermusim tersebut sekian lama.

Graham berbangga dapat menjadi rakan dan penaja kepada kelab yang beliau dan isterinya sokong.

Kerjasama itu membolehkan Graham Saville dan isterinya dilantik menjadi Pengarah Pengkebumian rasmi kelab.

Selain daripada menguruskan pengkembumian, mereka menjalankan khidmat kaunseling untuk orang ramai supaya hidup dengan gembira, bebas daripada tekanan hidup.

Pengurus Komersil Brentford FC, Mike Sullivan mengalu-alukan Graham dan isterinya.

“Kami gembira untuk mengucapkan selamat datang kepada Graham dan Sue Sullivan sebagai Pengarah Pengkebumian Brentford Football Club yang rasmi.”

“Sudah bertahun-tahun mereka menunjukkan reputasi hebat, sama ada untuk mereka dan syarikat mereka dalam pendekatan mereka menjaga keluarga ketika detik sukar.”

“Sebagai penyokong sejati Brentford, kami gembira Graham dan Sue akan membantu mana-mana penyokong Brentford dan keluarga mereka yang memerlukan.”

“Kami juga percaya, untuk sebuah kelab bola sepak, ianya perkara yang unik untuk 2 penyokong paling setia kami menjadi Pengarah Rasmi Pengkebumian kelab yang mereka sokong.”

Sebelum ini Barnett FC turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengurusan pengkebumian.

Mereka memberikan diskaun kepada keluarga yang menggunakan keranda rasmi kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN