Brendan Rodgers Yakin Ben Chilwell Tidak Akan Pilih Chelsea

Brendan Rodgers Ben Chilwell Leicester City

Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers menegaskan yang beliau masih mampu bertenang dengan segala khabar angin mengenai masa depan Ben Chilwell.

Rodgers yakin pertahanan kirinya itu akan membuat keputusan yang tepat dengan terus kekal bersama The Foxes untuk saingan musim hadapan walaupun ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea dan Manchester City.

Leicester juga boleh tawar Champions League

Chelsea sudah mendapat dua pemain yang berbaloi apabila berjaya menandatangani Hakim Ziyech dan terbaharu, Timo Werner dengan Frank Lampard dilihat masih mengintai beberapa lagi pemain untuk dimasukkan dalam senarai pembelian.

Jika Chelsea dan Manchester City menawarkan saingan Champions League untuk menarik minat bintang muda tersebut, Leicester juga sebenarnya apa kurangnya – di kedudukan ketiga English Premier League (EPL) dan juga mampu meraih slot.

Bahkan, Leicester ketika ini berada lima mata di depan Chelsea – yang mungkin sanggup untuk memberikan berapa sahaja nilai yang diletakkan oleh mereka. Mereka juga hanya tujuh mata di belakang Manchester City yang berada di tangga kedua.

Nilai yang diletakkan kepada pemain berusia 23 tahun itu adalah sekitar £80 juta dan khabar angin menyatakan Chelsea cuba merendahkan tanda harganya kepada £60 juta sahaja dengan perkiraan suasana dunia dilanda pandemik pada ketika ini.

Rodgers tak risau

“Sudah tentu pemain dan tentunya ejen mereka mempunyai cita-cita tinggi kepada pemain mereka. Itu berada di luar kawalan kita [kelab]. Saya masih mampu bertenang dengan situasi ini. Buat masa ini, kami tidak terlalu memikirkan tentang Ben,” jelasnya.

“Kami mahu menamatkan musim dengan cemerlang dan beliau sangat komited dan fokus untuk menyelesaikan misi tersebut,” tambah Rodgers sambil berkata yang masa depan pemain tersebut tidak tertakluk di bawah keputusannya sebagai pengurus.

Namun, beliau mencuba semampunya untuk mengekalkan pemain yang menurutnya telah menunjukkan peningkatan mendadak pada musim ini dan Ben Chilwell berkemungkinan mampu menjadi salah seorang pertahanan kiri terbaik di dunia nanti.

“Apa yang mampu dibuat hanyalah mencipta suasana di mana pemain berasa mereka mampu menjadi yang lebih baik, berkembang serta menikmati bola sepak sebaiknya,” tambah bekas pengendali Liverpool itu lagi yang dipetik daripada Daily Mail.

Jelmaan Ashley Cole?

Sebagaimana mereka mempertahankan tanda harga Harry Maguire pada musim lalu – yang akhirnya dijual kepada Manchester United pada harga £80 juta, Leicester City dijangkakan akan melakukan perkara yang sama kali ini. Sebab itu Rodger tidak risau.

Jika mereka terlepas Ben Chilwell kepada Chelsea sekalipun nanti, dengan wang yang diperolehi itu, mereka akan mampu untuk mendapatkan penggantinya dengan harga yang murah. Pemain Southampton, Ryan Bertrand dikatakan dalam pemantauan.

https://twitter.com/foottransf/status/1271175701471940612

Bekas pertahanan Chelsea, Glen Johnson dipetik mengulas mengenai khabar angin ini kepada talkSPORT berkata beliau sentiasa mengagumi pertahanan kiri itu dan percaya pemain tersebut adalah pemain terbaik untuk skuad The Blues kendalian rakannya itu.

“Dia adalah pertahanan kiri yang telah lama kita tidak lihat. Saya tahu Ashley Cole tiada galang ganti tetapi Chelsea sudah lama tiada pemain sebegitu. Saya rasa beliau akan cepat menyesuaikan diri,” jelasnya dan berkata tanda harga itu masih boleh dirunding.

Penutup

Jika Chelsea benar-benar mahukan Ben Chilwell menyarung jersi biru pada musim hadapan, mereka tidak boleh lagi tawar menawar, kerana Leicester dijangkakan tidak akan berundur daripada tanda harga yang telah mereka letakkan tersebut.

Atau pada ketika ini, Frank Lampard sudah boleh terus alih fokus untuk memancing Nicolas Tagliafico atau Alex Telles pula yang mungkin mampu milik berbanding bek kiri England yang harganya kekal ‘mati’ sebegitu. Apa perancangan Chelsea?

KREDIT FEATURED IMAGE: GETTY IMAGES

Baca lagi artikel mengenai Ben Chilwell dan Leicester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN