Brendan Rodgers Dan Celtic Dominasi Anugerah PFA Scotland 2016/17

Pengurus Celtic, Brendan Rodgers telah dipilih sebagai pemenang anugerah Pengurus Tahunan PFA Scotland dalam malam Anguerah PFA Scotland.

Celtic mendominasi kesemua anugerah yang ditawarkan dalam majlis pada malam itu. Rodgers mengetepikan saingan rakan sejawat beliau di Aberdeen, Derek Mclnness.

Pengurus lain yang turut berada di dalam senarai percalonan ialah Alan Archibald (Patrick Thistle F.C) dan juga Jim Duffy (Morton F.C)

Brendan Rodgers mengemudi Celtic muncul sebagai juara Liga Perdana Scotland dengan rekod tanpa kalah sehingga artikel ini ditulis.

Brendan Rodgers melalui musim yang gemilang bersama Celtic.

Bekas pemain yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), Scott Sinclair turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik PFA Liga Perdana Scotland dalam majlis yang sama.

Sinclair mengetepikan percalonan rakan seperjuangan beliau di Celtic, Stuart Armstrong dan juga Moussa Dembele. Johnny Hayes daripada Aberdeen turut tersenarai sebagai calon untuk anugerah itu.

Scott Sinclair yang pernah menyarung jersi Swansea, Manchester City dan Aston Villa telah menyumbat sejumlah 25 gol dan menghasilkan 7 bantuan gol untuk pasukan Celtic pada musim ini.

Dembele turut tidak pulang dengan tangan kosong dalam majlis ini. Gol cantik Dembele ketika menentang St Johnstone dinobatkan sebagai Gol Tercantik PFA Liga Perdana Scotland.

Gol tersebut melibatkan 24 hantaran di kalangan pemain Celtic sebelum Dembele menyudahkannya untuk kemenangan 2-5 Celtic di McDiarmid Park Februari lalu. Dembele menghasilkan jaringan hatrik dalam kemenangan tersebut.

Moussa Dembele meraikan jaringannya ketika aksi bersama Celtic.

Kieran Tierney melengkapkan musim gemilang Celtic apabila dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA Liga Perdana Scotland.

Kieran Tierney, 19 tahun telah membuat sejumlah 22 penampilan di bawah bimbingan Brendan Rodgers pada musim ini.

Celtic masih memiliki 3 perlawanan untuk menamatkan Liga Perdana Scotland musim 2016-2017.

Dominasi Brendan Rodgers bersama Celtic amat ketara di Liga Perdana Scotland apabila menjuarai liga dengan perbezaan 27 mata berbanding Aberdeen di tempat kedua.

Celtic berpeluang untuk digelar juara berganda apabila turut melayakkan diri ke final William Hill Scottish Cup yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2017 ini.

Aberdeen akan menanti kunjungan Celtic di final yang akan berlangsung di Hampden Park itu.

Untuk rekod, kejayaan menjulang kejuaraan liga pada musim ini adalah yang ke-48 kalinya dalam sejarah hebat kelab Scotland ini.

Baca juga: Video: Aksi-Aksi Permainan Bijak Oleh Pemain Di Dalam Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN