Brendan Gan Dan Faiz Nasir Tidak Akan Disenaraikan Dalam Skuad Piala AFF

Hasrat peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan kelibat tonggak tengah Perak, Brendan Gan dan Terengganu FC, Faiz Nasir dalam skuad kebangsaan tidak menjadi kenyataan apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mengesahkan 26 pemain sudah pun didaftarkan untuk saingan Piala AFF tahun ini.

Kedua-dua pemain itu menjadi tumpuan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dan menjaringkan gol untuk pasukan masing-masing ketika aksi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam sabtu lepas.

“Setakat ini kami telah menyenaraikan 26 pemain jadi mereka mungkin akan mendapatkan pulang mereka di masa yang akan datang.,” katanya dalam Stadium Astro.

Brendan Gan dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Sementara itu, Tan Cheng Hoe lega kerana beberapa pemain Perak yang terlibat dalam saingan Piala Malaysia sudah kembali melaporkan diri dalam keadaan cergas kecuali pemain tengah, Kenny Pallraj.

Lima pemain lain Perak yang turut melapor diri ialah Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan dan penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy.

Kenny dilaporkan mengalami kecederaan kecil pada kaki kanan dan Cheng Hoe masih menanti laporan penuh perubatan mengenai keadaan pemain tengah itu.

“Mereka telah melaporkan diri petang ini dan kesemua mereka kelihatan ceria tanpa sebarang tanda-tanda keletihan.

“Suasana cukup ceria kerana kami dapat mengumpulkan kesemua pemain dalam sesi latihan kali ini,” kata Cheng Hoe.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberi taklimat kepada para pemain. FOTO: FAM

Perlawanan persahabatan menentang Maldives, 3 November ini merupakan peluang terakhir kepada 26 pemain yang dipanggil untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum Cheng Hoe mengumumkan 23 pemain terbaik membawa cabaran negara di Piala AFF.

“Yang penting adalah setiap pemain memaparkan permainan yang baik.

“Apabila itu berlaku kami akan mendapat keputusan yang baik.

“Kami di barisan kejurulatihan masih mencari senarai pemain terbaik yang akan kami gunakan dalam kempen Piala AFF nanti,” tambah Cheng Hoe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN