Santiago Solari Dipilih Sebagai Pengendali Sementara Real Madrid

Pemecatan Julen Lopetegui sebagai pengendali Real Madrid selepas prestasi buruk kelab gergasi Sepanyol itu memberi peluang kepada Santiago Solari untuk dilantik sebagai pengendali sementara.

Solari yang merupakan jurulatih skuad Real Madrid B, Castilla akan memulakan tugas pertamanya berdepan Melilla pada aksi Copa del Rey Rabu ini.

Beliau pernah beraksi selama lima musim bersama Real pada 2000 hingga 2005 termasuk empat tahun bersama Zinadine Zidane yang dibawa masuk ketika era ‘Galaticos’ pada 2001.

Secara keseluruhannya, Solari beraksi 167 perlawanan dan menyumbang 16 gol untuk Los Blancos. Dilahirkan di Rosario, Argentina, Solari mula mencipta nama bersama River Plate dan menenangi Copa Libertadores pada 1996. Tiga tahun kemudian, beliau merentas lautan Atlantik menyertai Atletico Madrid.

https://twitter.com/Sport4Now/status/1057074803117645825

Namun nasib tidak menyebelahinya apabila Atletico mengalami penurunan divisyen tetapi Solari bernasib baik selepas Real mengaktifkan klausa perpindahan sekali gus menyaksikannya menyertai pasukan seteru Madrid itu pada 2000.

Karier kejurulatihannya bermula apabila diberikan peluang untuk berada dalam barisan kejurulatihan di Real Madrid dengan mengendalikan pasukan remaja.

Solari memilih untuk kekal dalam bola sepak sebaik kariernya berakhir. Dia mengendalikan pasukan remaja Real sebelum dinaikkan pangkat ke Castilla pada 2016.

Di bawah kendalian Solari selama dua musim, skuad yang beraksi di liga ketiga, Segunda B itu menamatkan saingan di kedudukan ke-11 dan lapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN