Brendan Gan pasti akan mengingati minggu antarabangsa terakhir dalam kalendar 2019 ini selamanya.
Beliau melapor diri ke kem kebangsaan ketika isterinya baru beberapa hari melahirkan anak. Gan menyatakan beliau menolak untuk menggunakan kelepasan khas demi Malaysia.
My life 🥰
Koa Brooklyn Gan 👼#ithasBGAN pic.twitter.com/YMeMpXpEjn
— Brendan Gan (@brendan_gan) November 7, 2019
Gan menjadi nadi penting Malaysia menang 3 perlawanan antarabangsa, termasuk 1 persahabatan dan 2 aksi kompetitif.
Ketika menang ke atas Thailand, Brendan Gan mempamerkan aksi Man Of The Match dengan menjaringkan gol penyamaan serta membekalkan assist kemenangan.
Gan meraikan gol dengan gaya bayi menghisap jari, ditujukan kepada anaknya yang baru lahir.
Beberapa hari selepas itu, Brendan Gan membantu Malaysia menewaskan Indonesia untuk menutup tahun 2019 dengan cemerlang bagi skuad kebangsaan.
Dipetik dari stadium Astro – Gan berkata kepada wartawan: “Saya tidak pasti sejauh mana saya mampu membantu tetapi tugasan saya kini adalah bersama isteri.”
Masa untuk buat susu — Brendan Gan
Oleh Fina Nasrom https://t.co/ge0ZY8zT0K— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 20, 2019
“Saya perlu membantu isteri menguruskan keperluan harian. Ia sesuatu yang sangat mengujakan.”
Selain itu, Gan turut memberikan penghargaan dan menzahirkan kegembiraan beliau kepada penyokong Harimau Malaya.
“Bangga dan berbesar hati setiap kali menyarung jersi ini.”
“Sokongan yang diterima sangat hebat malam ini. Gembira dapat menamatkan tahun 2019 dengan kemenangan.”
“Terima kasih semua.”
Proud and Honored everytime I wear this shirt 💛🖤
The support was amaZing tonight.. feels good to finish off 2019 with a win 🙌🏽
Terima Kasih Semua 🇲🇾#ithasBGAN pic.twitter.com/2kmlFSWRqU
— Brendan Gan (@brendan_gan) November 19, 2019
Syabas kepada Brendan Gan dan rakan-rakan di atas kecemerlangan aksi kali ini.
Dan sampaikan salam terima kasih kami semua kepada isteri dan baby kamu yang sanggup melepaskan kamu di kala mereka sangat memerlukan kamu.