Brazil Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Piala Dunia 2018

Brazil

Jurulatih Brazil, Tite telah menamakan 23 pemain yang akan mewakili negara itu di Piala Dunia Jun nanti.

Beberapa bintang sudah dijangka bakal memperkuatkan jentera skuad Samba untuk edisi kali ini yang bakal dilangsungkan di Russia.

RIO DE JANEIRO, BRAZIL – MAY 14: Brazilian national team coach Tite (2L) speaks during the announcement of the team’s squad for 2018 FIFA World Cup Russia on May 14, 2018 at the headquarters of the Brazilian Football Confederation (CBF) in Rio de Janeiro, Brazil. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Bintang Paris Saint-Germain, Neymar turut tidak terkecuali disenaraikan meskipun beliau masih menjalani pemulihan daripada kecederaan yang sedang dialami.

Turut tersenarai ialah pemain Barcelona, Philippe Coutinho dan tiga pemain Manchester City iaitu Danilo, Fernandinho dan Gabriel Jesus.

Bagi posisi pertahanan, Tite telah menyenaraikan pemain-pemain seperti Felipe Luiz yang beraksi bersama Atletico Madrid, Thiago Silva dan Marquinhos dari Paris Saint-Germain serta Marcelo (Real Madrid).

Ketiga-tiga penjaga gol skuad Brazil 2014 telah digugurkan dan digantikan dengan Ederson, Alisson dan Cassio.

Seramai 17 pemain yang beraksi untuk skuad Piala Dunia 2014 tidak disenaraikan iaitu David Luiz, Dani Alves, Oscar, Ramires, Hernanes, Bernard, Luiz Gustavo, Maxwell, Hulk, Julio Cesar, Jô, Maicon,  Henrique, Dante, Jefferson dan Victor.

Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzeland pada 18 Jun ini sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia.

Skuad penuh Piala Dunia 2018 bagi pasukan Brazil:

Penjaga Gol : Alisson (Roma), Enderson (Manchester City) Cassio (Flamengo)

Pertahanan : Fagner (Corinthian), Thiago Silva (PSG), Marcelo (Real Madrid), Miranda (Inter Milan) Marquinhos (PSG), Alex Sandro (Juventus) Danilo (Manchester City), Felipe Luis (Atletico Madrid)

Tengah : Fernandinho (Manchester City) Paulinho (Barcelona), Willian (Chelsea), Renato Augusto ( Beijing Guoan FC), Philippe Coutinho (Barcelona), Taison (Shakhtar Donetsk), Casemiro (Real Madrid), Fred (Shakhtar Donetsk)

Penyerang : Neymar (PSG), Douglas Costa (Juventus), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Jesus (Manchester City)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN