Jurulatih Brazil, Tite telah menamakan 23 pemain yang akan mewakili negara itu di Piala Dunia Jun nanti.
Beberapa bintang sudah dijangka bakal memperkuatkan jentera skuad Samba untuk edisi kali ini yang bakal dilangsungkan di Russia.
Bintang Paris Saint-Germain, Neymar turut tidak terkecuali disenaraikan meskipun beliau masih menjalani pemulihan daripada kecederaan yang sedang dialami.
Turut tersenarai ialah pemain Barcelona, Philippe Coutinho dan tiga pemain Manchester City iaitu Danilo, Fernandinho dan Gabriel Jesus.
Bagi posisi pertahanan, Tite telah menyenaraikan pemain-pemain seperti Felipe Luiz yang beraksi bersama Atletico Madrid, Thiago Silva dan Marquinhos dari Paris Saint-Germain serta Marcelo (Real Madrid).
Ketiga-tiga penjaga gol skuad Brazil 2014 telah digugurkan dan digantikan dengan Ederson, Alisson dan Cassio.
Seramai 17 pemain yang beraksi untuk skuad Piala Dunia 2014 tidak disenaraikan iaitu David Luiz, Dani Alves, Oscar, Ramires, Hernanes, Bernard, Luiz Gustavo, Maxwell, Hulk, Julio Cesar, Jô, Maicon, Henrique, Dante, Jefferson dan Victor.
Esses são os 23 jogadores que defenderão a #SeleçãoBrasileira na Copa do Mundo. Agora é #PartiuRússia! ⚽🇧🇷 #GigantesPorNatureza pic.twitter.com/mEt86XCAlq
— CBF Futebol (@CBF_Futebol) May 14, 2018
Brazil akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Switzeland pada 18 Jun ini sebelum bertemu Costa Rica dan Serbia.
Skuad penuh Piala Dunia 2018 bagi pasukan Brazil:
Penjaga Gol : Alisson (Roma), Enderson (Manchester City) Cassio (Flamengo)
Pertahanan : Fagner (Corinthian), Thiago Silva (PSG), Marcelo (Real Madrid), Miranda (Inter Milan) Marquinhos (PSG), Alex Sandro (Juventus) Danilo (Manchester City), Felipe Luis (Atletico Madrid)
Tengah : Fernandinho (Manchester City) Paulinho (Barcelona), Willian (Chelsea), Renato Augusto ( Beijing Guoan FC), Philippe Coutinho (Barcelona), Taison (Shakhtar Donetsk), Casemiro (Real Madrid), Fred (Shakhtar Donetsk)
Penyerang : Neymar (PSG), Douglas Costa (Juventus), Roberto Firmino (Liverpool), Gabriel Jesus (Manchester City)