Manchester United telah mengumumkan pemain mudanya, Brandon Williams telah menandatangani kontrak baharu selama empat tahun untuk terus kekal di kelab itu sehingga tahun 2024 dengan pilhan sambungan untuk setahun lagi.
Williams yang menyertai United bermula dari sistem akademi sejak berusia tujuh tahun melalui musim 2019/20 yang cemerlang bersama The Red Devils dengan membuat 33 penampilan dan menjaringkan satu gol dalam semua pertandingan.
Beliau berjaya membantu pasukannya menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga dengan menjadi pengganti sepanajang ketiadaan Luke Shaw yang dilanda kecederaan.
Mempunyai kebolehan beraksi di posisi pertahanan kiri dan kanan, pemain berusia 19 tahun ini telah pun membuktikan beliau merupakan pemain penting buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer.
💬 "He’s got a great personality, he’s a winner and he gives everything absolutely every time."
— Manchester United (@ManUtd) August 4, 2020
The boss is buzzing to see more of Brandon Williams, and so are we 🔴👊#MUFC pic.twitter.com/07BbukMvwV
“Menandatangani kontrak ini meruapakan saat yang cukup membanggakan buat saya dan keluarga. Berada bersama pasukan ini sejak berusia tujuh tahun, tentunya satu mimpi yang menjadi kenyataan apabila dapat beraksi bersama skuad utama,” ujar Williams.
“Untuk berada di tahap ini, ia memerlukan usaha keras dan saya sangat bersyukur apabila terpilih. Banyak yang telah saya pelajari pada musim ini daripada pengurus, staf kejurulatihan dan rakan sepasukan. Jadi saya mahu membalas kepercayaan ini yang telah mereka berikan kepada saya.
“Saya sedar di kelab ini semua orang berusaha keras setiap hari bagi mencapai kejayaan untuk tahun-tahun mendatang dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga besar ini.”
Mengenai kontrak baharu tersebut, Solskjaer mengatakan ianya adalah hasil usaha keras Williams yang telah membuktikan keupayaannya sejak membuat penampilan pertama dan terus menyinar.
Official: Brandon Williams has signed a new deal with Man Utd until 2024, with the option for an extra year #MUFC pic.twitter.com/T0zXn3KY6F
— United Zone (@ManUnitedZone_) August 4, 2020
Tambah pengurus warga Norway itu lagi, Williams telah melalui musim yang cemerlang pada tahun pertamanya bersama skuad senior dan beliau sangat berbesar hati pemain muda berbakat besar itu bersetuju untuk terus kekal di Manchester untuk tahun-tahun mendatang..
“Brandon tidak pernah lagi menoleh ke belakang setelah menembusi skuad utama bermula dari sistem akademi, dia benar-benar mengetahu betapa besarnya erti dapat bermain untuk Manchester United.
“Dia mempunyai segala kebolehan untuk menjadi sebahagian daripada skuad muda ini. Dia akan terus belajar setiap hari dalam sesi latihan dan kami akan terus memantau perkembangannya untuk musim-musim seterusnya.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: