Bournemouth menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang terbaharu menarik semula keputusan untuk memberikan pekerja kelab cuti tanpa gaji sewaktu tempoh penggantungan semua perlawanan ekoran pandemik wabak Covid-19.
Sebelum ini Liverpool dan Tottenham Hotspur juga telah mengambil langkah serupa dengan membuat pusingan U selepas teruk dikritik oleh pelbagai pihak termasuk penyokong mereka sendiri kerana memaksa pekerja mereka mengambil skim pengekalan pekerjaan yang memerlukan kerajaan membayar 80 peratus daripada nilai gaji mereka.
“Pertimbangan ini tidak dibuat dengan mudah, kerana pihak kelab juga mempunyai bebanan kos operasi terutamanya dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini,” kata lembaga pengarah Bournemouth dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Bournemouth follow Liverpool and Spurs in reversing decision to furlough staff https://t.co/LzZRXdVcY1 pic.twitter.com/fVUAk3CrdM
— Mirror Football (@MirrorFootball) April 14, 2020
“Kami sedar dengan kritikan terhadap pasukan EPL yang cuba untuk mengunakan skim ini dan kami mendengar suara penyokong dan telah pun menarik balik keputusan untuk memberikan cuti tanpa gaji kepada semua pekerja kami,” tambahnya lagi.
“Kami sebagai ahli lembaga pengarah akan memastikan kelab ini mampu terus bertahan untuk beroperasi ketika musim ini sedang digantung dan tidak akan memohon skim pengekalan pekerjaan tersebut.”
Spurs pada Isnin mengumumkan hanya ahli lembaga pengarah sahaja yang akan membuat pemotongan gaji termasuk pengerusi Daniel Levy yang meraih pendapatan sebanyak £7 juta pada tahun lepas. Sementara pemua pekerja pula akan menerima gaji penuh untuk bulan April dan Mei.
https://twitter.com/my_amigouk/status/1248640523096604672?s=20
Kini hanya Newcastle United sahaja satu-satunya kelab EPL yang masih kekal dengan keputusan untuk menggunakan ‘dana awam’ untuk membayar gaji pekerja.
Langkah tersebut telah mendapat bantahan dan kecaman banyak pihak memandangkan EPL selama ini telah digambarkan sebagai sebuah industri yang amat mewah dengan hampir semua pasukan membelanjakan ratusan juta pound setahun.
Malah pemain-pemain EPL adalah diantara ahli sukan yang menerima pendapatan yang tertinggi di dunia dengan sebahagian daripada mereka menerima gaji mingguan lebih tinggi daripada purata gaji tahunan rakyat di United Kingdom.