Selepas mencatatkan prestasi yang cukup tidak memberangsangkan kebelakangan ini, pengurus Borussia Dortmund iaitu Peter Bosz dijangka akan ditamatkan perkhidmatannya sebagai pengurus kelab itu.
Keputusan itu dibuat selepas pihak atasan Borussia Dortmund kini sudah hilang sabar dengan prestasi pasukan yang semakin lama semakin turut selepas melakukan permulaan cemerlang pada awal saingan Bundesliga.
Hal ini menjadi ketara selepas Borussia Dortmund hanya mencatatkan 1 kemenangan sahaja dalam 13 perlawanan terakhir mereka.
Dan semalam, mereka tewas lagi 2-1 di tangan Werder Bremen di laman sendiri.
Menurut sumber di Jerman, nasib Bosz sebagai pengurus kelab sudah pun ditentukan dengan beliau sudah pun dipecat dari jawatan tersebut.
Namun begitu, berita pemecatan itu belum lagi diputuskan secara rasmi oleh pihak kelab. Keputusan itu akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.
Jangka masa Bosz di Signal Iduna Park nyata terlalu singkat dan berubah dengan drastiknya.
Bermula dengan begitu cemerlang pada awal musim, kini Borussia Dortmund mengalami masalah untuk mencari kemenangan dan juga kekal konsisten menjelang fasa pertengahan musim.
Selepas tewas di tangan Werder Bremen, Bosz semenangnya sudah mengetahui yang waktu beliau bersama Borussia Dortmund sudah semakin suntuk.
Beliau juga nyata kecewa dengan persembahan anak-anak buahnya terutamanya ketika separuh masa pertama.
“Saya tak pernah lihat persembahan yang cukup teruk pada separuh masa pertama sepanjang hidup saya.”
“Kami punya peluang untuk menang, tapi sekali lagi kami tidak ambil peluang itu.”
Jadi siapakah akan menggantikan Peter Bosz sebagai pengurus Borussia Dortmund?