Borussia Dortmund Bersatu

Borussia Dortmund telah mengumumkan pemain kelab itu bersetuju untuk menerima pemotongan gaji untuk meringankan bebab kewangan kelab tersebut akibat penularan wabak coronavirus.

“Ini adalah tanda solidariti yang amat bermakna,” kata CEO kelab, Hanz-Joachim Watzke.

Bola sepak Jerman tidak berselindung mengenai impak kewangan yang akan dihadapi akibat coronavirus sebelum ini.

CEO Liga German, Christian Seifert pada minggu lepas berkata 56,000 pekerjaan di dalam industri kini terancam akibat penangguhan liga.

Seifert berkata lebih separuh daripada jumlah 36 kelab menghuni dua divisyen teratas di Jerman kini terancam dan boleh menerima kerugian menjangkau €750 juta.

Minggu lalu Borussia Monchengladbach mengambil langkah yang sama apabila pemainnya menerima pemotongan gaji, sebelum Dortmund turut mengumumkan pemain, barisan kejurulatihan dan semua peringkat pengurusan turut mengambil langkah yang sama.

“Borussia Dortmund menkimatkan lebih dari 10 juta secara keseluruhan, dan ia akan membantu melindungi BVB sebagai salah sebuah majikan terbesar di Dortmund ketika krisis ini,” ujar kelab tersebut melalui satu kenyataan yang dikeluarkan.

Penyokong Dortmund turut memainkan peranan membantu penduduk setempat. Tiga kumpulan ultras telah menawarkan bantuan kepada mereka yang dikuarantin di bandar tersebut.

Pada satu masa, kumpulan ultras ini menerima sehingga 15 permintaan untuk bantuan termasuk untuk membell barang keperluan di pasaraya, dan ubatan di farmasi.

Pada minggu lalu penyokong Dortmund turut mengadakan ‘hari perlawanan secara digital’ dan membenarkan pub, premis makanan dan kedai kebab sepanjang laluan ke sstadium beroperasi menerima derma dengan hashtag #BorussiaVerbindet yang bermakna “Borussia bersatu.”

Lebih daripada €70,000 dari 86 lokasi kedai di Dortmund berjaya diraih.

Baca artikel lain mengenai Borussia Dortmund:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN