Bolos 21 Gol Dalam 5 Kekalahan, Sudah Tiba Masa Zamsaham Pecat Frank Bernhardt?

Segalanya tampak tidak menjadi buat Kelantan musim ini selepas pasukan tersebut terus tampil merudum daripada segi prestasi serta keputusan di atas padang.

Selaku pendatang baharu dalam saingan Liga Super, pastinya ramai tidak menjangkakan Kelantan akan tampil dengan sebegitu teruk serta boleh disifatkan sangat cacamarba daripada segi persiapan mereka sendiri kali ini.

Bermula dengan detik kekalahan demi kekalahan, memacu kepada masalah lain yang semakin memberat termasuk isu perpisahan antara pasukan tersebut bersama bekas jurulatih, Choi Moon-sik segalanya serba tidak kena.

Terbaharu, pasukan ini terus melakar keputusan yang sangat teruk dalam aksi Liga Super selepas tampil dengan kekalahan terbaharu di tangan PDRM menerusi keputusan 1-4.

Tumpuan pastinya akan diberi kepada pengendali semasa mereka iaitu Frank Bernhardt, selepas jurulatih tersebut gagal mengelak daripada kekalahan selepas mengharungi lima perlawanan.

Menerusi satu wawancara khas bersama Astro sebelum ini yang membabitkan pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman (Zamsaham), beliau menyatakan Bernhardt bakal dipecat jika pasukan itu tewas sebanyak lima kali.

“Saya tahu prestasi awak dekat UiTM FC, kamu adalah seorang jurulatih yang profesional, jadi saya harap awak dapat capai sasaran KPI kita tahun ini.

“Kalau tak dapat dicapai, kita akan tukar. Takkanlah kita nak buat bodoh sahaja kalau dia tak capai sasaran ditetapkan.

“Tetapi dalam kontrak beliau, kalau dia kalah lima kali, maka kita akan tukar,” jelas Zamsaham ketika itu mengenai syarat kontrak Bernhardt.

Prestasi yang dibawakan oleh pengendali berusia 53 tahun itu boleh dianggap sangat teruk, selepas beliau konsisten mencipta kekalahan selepas mengharungi lima perlawanan ditetapkan.

Malah, bawah kendaliannya menyaksikan Kelantan hanya mampu meledak empat gol selain dibolosi sebanyak 21 jaringan yang pastinya sukar untuk ditelan mana-mana penyokong The Red Warriors.

Persoalannya kini, adakah semua kesalahan perlu digalas oleh Bernhardt atas semua rekod kekalahan tersebut seorang diri?

Jika benar, maka beliau secara tidak langsung turut menjadi mangsa rehat kedua pasukan tersebut selepas Choi Moon-sik, dan mungkin tugas itu digalas oleh Rezal Zambery Yahya sepenuhnya.

Apapun, adalah sesuatu yang tidak wajar untuk para penyokong menuding jari kepada Bernhardt seorang, sedangkan pelbagai faktor turut perlu dilihat untuk mengetahui punca kemerosotan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN