Jatuh Bangun Bola Sepak Sarawak, Cerita Di Sebalik Ngap Sayot Dan Bujang Senang

Seorang penyokong fanatik pasukan Sarawak, Gary Hardin Lugard telah berkongsi kisah pasukan bola sepak Sarawak.

Bola sepak Sarawak

Masih segar dalam ingatanku, 30 tahun yang lalu. Aku menempuh perjalanan 4 jam ke bandaraya Kuching dari pekan kecil Betong pada satu pagi Sabtu bersama ayah.

Semata-mata mahu melihat wira-wira Ngap Sayot beraksi dalam perlawanan Piala Malaysia.

Saat itu siaran langsung di kaca TV sukar didapati. Kalau ada pun, di kampung aku tiada elektrik. Jadi, hanya ulasan perlawanan secara langsung melalui corong radio yang menjadi pilihan.

Masih ku kenal suara yang sentiasa dinanti-nanti iaitu, Tuan Affandi Julaihi bersama Udin Bujang yang sentiasa unggul dalam memberi gambaran perlawanan.

Bentesan, rembatan, larian, apa saja aksi hanya dibayangkan oleh imaginasi tanpa perlu membayar Astro mahal-mahal pun untuk menikmati bola sepak.

Bila ada sahaja kesempatan turun ke stadium yang sentiasa full house pada era Dunhill itu.

Terujanya perasaan melihat aksi idola-idola seperti Afendi Jol, Abd Jalil Rambli, Roslan Ismail dan lain-lain di hadapan mata. Selama ini hanya mendengar gambaran aksi mereka di radio.

Motto keramat pada masa itu ialah “Ngap Sayot”.

Pasang surut bola sepak Sarawak

Pasukan bola sepak Sarawak sangat digeruni di Malaysia pada era 90-an. Era kegemilangan bola sepak Sarawak bermula pada tahun 1988.

Jurulatih kontroversi lagi provokatif iaitu Awang Mahyan adalah individu yang berjaya melakar nama Sarawak dalam peta bola sepak tanah air dan semangat Ngap Sayot.

Awang Mahyan (coach – baju hitam)

Ngap Sayot, satu semangat propaganda

Ironinya, sebagaimana misteri si kucing hitam, ramai juga tidak tahu makna “Ngap Sayot” dalam bola sepak Sarawak.

Ngap bermakna “makan”. Sayot adalah “sayur”. Ianya dialek tempatan dicampur bahasa pasar. Membawa makna lawan mudah dijinakkan, senang dan mudah seperti makan sayur.

Sama sahaja dengan bahasa troll hari ini ‘sayur’ je pasukan ni!

Ia diinspirasikan oleh Awang Mahyan bermain snooker dengan pemain-pemainnya. Beliau sering tewas dan dilabel Ngap Sayot di kalangan pemain yang juga rakan beliau. Akrabnya mereka ketika itu sebagai satu pasukan.

Selain misteri kucing hitam yang sering kelihatan ketika perlawanan membabitkan Sarawak di Stadium Negeri, cogan kata Ngap Sayot juga seolah-olah merasuk jiwa pemain dan penyokong Sarawak amnya.

Pasukan Ngap Sayot dibarisi 100% pemain tempatan bermain bola sepak yang cantik, lasak diadun bersama semangat juang yang tinggi.

kredit foto: Kosmo

Insiden-insiden yang membabitkan Sarawak FA yang hangat adalah seperti Separuh Akhir Piala Malaysia menentang Kedah pada 1988 dan suku akhir 1989 menentang KL yg turut mengugat integrasi nasional pada masa itu.

Era Bujang Senang

Selepas Awang Mahyan, kecemerlangan Sarawak diteruskan oleh penggantinya Alan Vest(Piala FA 1992) dan juga Abd Jalil Rambli, jurulatih tunggal yang berjaya membawa Sarawak ke final Piala Malaysia 1999 (tewas kepada Brunei 2-1).

Sarawak adalah Juara Piala FA 1992, Juara Liga Malaysia 1997, Pemenang Piala Sumbangsih 1998, dan Juara Liga Perdana Malaysia 2013. Ini adalah kejayaan era Bujang Senang.

sumber foto: Chedinsphere

Penurunan

Selepas itu, pasukan Sarawak terus hanyut tanpa sebarang catatan membanggakan sehinggalah menjuarai Liga Perdana Malaysia (second tier football) pada tahun 2013.

Sebagaimana anak jati Sarawak yang lain, saya rindu untuk melihat Sarawak kembali gah di dalam landskap bola sepak tanah air.

Sebelum lahirnya pemain seperti Safee Sali, kita ada Panggiran Bala, sebelum adanya Aidil & Zaquan Adha, kita ada Romos dan Ramles Sari, sebelum adanya Safiq Rahim kita ada Gilbert Cassidy.

Sarawak 1999

Sebelum adanya Khairul Fahmi, kita ada Mazelan Wahid, sebelum adanya Badrol Bakhtiar, kita ada Abdul Jalil Rambli, Ali Safiee, Roslan Ismail, Zapri Manai, Affendi Julaihi dan ramai lagi.

Apakah kurangnya pasukan Sarawak pada hari ini? Apakah langkah terbaik untuk mengembalikan pasukan Sarawak ke era kegemilangannya?

Perlukah Sarawak mendapatkan bantuan si Kucing Hitam? Atau lubuk kebanggaan diwarnakan dengan warna merah jambu?

12 Fakta menarik tentang Sarawak FA:

1. Awang Mahyan dan penyokong Sarawak terjun dari jambatan gantung Satok meraikan Sarawak layak buat pertama kali ke separuh akhir Piala Malaysia.

2. Presiden Allahyarham Datuk Haji Taha Arifin adalah bapa pembangunan bola sepak Sarawak.

3. Mitos kucing hitam sebagai penggunaan ilmu hitam adalah rekaan semata-mata untuk menakutkan “city boys” Kuala Lumpur dan Singapura pada masa itu. Dilepaskan oleh peminat dengan sengaja ke trek stadium.

4. Kucing hitam pernah menjadi maskot skuad Sarawak.

5. Sarawak, pasukan pertama dari Malaysia yg layak ke peringkat suku akhir Piala Juara Asia 1999.

6. Sarawak, pasukan pertama di Malaysia menggunakan konsep Manager/Head coach sebagaimana di Eropah ketika di bawah kendalian Alan Vest.

7. David Evans adalah pemain import paling tinggi yang pernah beraksi di Liga Malaysia pada ketinggian 197cm.

8. Seorang Menteri dari kerajaan persekutuan pernah menangguhkan lawatan kerja ke Sarawak ketika isu integrasi nasional yang timbul disebabkan tewasnya Sarawak di peringkat suku akhir Piala Malaysia 1989.

9. Sarawak FA juara Liga Perdana Malaysia 2013 dengan rekod tanpa kalah. Invincibles.

10. Sarawak, pasukan bajet paling tinggi sepanjang kempen Liga Malaysia sehinggalah penjenamaan semula JDT. Ini kerana Sarawak perlu menanggung kos perjalanan yang tinggi.

11. Piala Liga Malaysia 1997 disampaikan FAM di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang kekal berbalut di dalam kotak.

12. Allhyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem adalah antara peminat tegar pasukan bola sepak Sarawak.

Bangkitlah Sarawak

Lupakan seketika logo Sarawak F.A yang kelakar dan menyakitkan mata. Apa yang menariknya, skuad kendalian David Usop pada musim ini membariskan ramai pemain muda tempatan.

Sejak beberapa musim yang lalu, Sarawak seringkali menandatangani pemain yang sudah off peak dan tidak dikehendaki oleh pasukan-pasukan lain. Ibarat pusat persaraan pemain sejak beberapa musim yang lalu.

Skuad kali ini, mengingatkan kita kepada era Alan Best. 3 import luar negara (Kuota musim ini 4 import), 3 import tempatan. Senarai lain adalah anak tempatan yang sanggup berjuang bermati-matian demi nama Ibu Pertiwiku.

Mungkin terlampau awal untuk mengatakan potensi skuad yang ada pada musim ini, tetapi biarlah ia menjadi langkah pertama mengembalikan gemilang skuad dari Borneo ini.

Semoga sentuhan David Usop mampu mengembalikan era kegemilangan silam.

Ayuh rakyat negeri Bumi Kenyalang! Musim baru, semangat baru. Penuhkan Stadium Negeri dan berikan sokongan padu kepada pasukan kita.

“Oohhhh!!!Haaaaaaaaaaa!!!!!!”

[adrotate group=”6″]

Nota Editor: Artikel ini dipetik daripada penulisan oleh Gary Hardin Lugard di laman facebook beliau. Gary masih kecewa dengan prestasi pasukan Sarawak yang kelihatan pegun.

Lebih kecewa apabila Gary melihat Sang Bedal (Buaya) dilakar seperti logo rumah sukan sekolah.

Anda mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak tanah air? Anda boleh hantarkan artikel anda ke [email protected] dalam format Microsoft Words.

Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk pasukan Sarawak!

Baca juga: Kuala Lumpur Musim 2017, Misi Budak Kota Ke Liga Super 2018!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN