Tanda tanya mengenai ketiadaan Syahmi Safari pada hari pertama sesi latihan skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab. Rupa-rupanya pemain pertahanan Selangor itu baru sahaja kehilangan anak perempuannya yang baru lahir pada Jumaat lalu.
Ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe yang ditanya mengenai Syahmi cuma menjawab pemain berusia 23 tahun itu akan melaporkan diri lebih lewat kerana mempunyai urusan keluarga.
Namun segalanya terungkai apabila beliau meluahkan kesedihannya dengan memuat naik beberapa ‘story’ di dalam akaun Instagram mengenai kematian bayi yang diberi nama Selam Rose Nayla binti Muhamad Syahmi.
“Masa baby dalam perut dia takde bagi sakit dekat mommy dia pun. Time nak bersalin baru rasa sakit kejap. Tu pun tengah push baby dah keluar separuh kita boleh tertidur 2 kalisebab penat tak reti nak push lagi dah. Alhamdullilah 14.5.2021, 10.27 pm baby dah selamat keluar. Tapi baby dah main dekat taman syurga”.
Syahmi Safari turned up for training three days after his newborn passed away. He looked downcast but was hard at work to show his determination ahead of the #WCQ2022–#ACQ2023.
And his commitment won praises from Cheng Hoe. #HarimauMalaya #TeamMalaysia https://t.co/zRXBhdgjCL
— T. Avineshwaran (@avineshW90) May 18, 2021
Sekalipun berdepan dengan ujian berat, Syahmi Safari dilihat sudah mula bersama rakan sepasukannya menerusi gambar-gambar sesi latihan hari kedua.
Cheng Hoe bagaimanapun berkata seluruh pasukan akan sentiasa berada di belakang bagi memberi sokongan moral kepada pemain kelahiran Kuala Selangor itu untuk berdepan dengan detik sukar dalam hidupnya.
“Sebagai manusia, pasti dia sedih. Kami akan terus memberi sokongan serta motivasi kepadanya,” kata Cheng Hoe kepada Utusan Malaysia.
Semua pemain akan menjalani latihan selama empat hari di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum bertolak ke Dubai pada Khamis ini bagi menghadapi baki tiga perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Sebagai persediaan, mereka akan bertemu Kuwat dan Bahrain sebagai aksi pemanas pada pada 23 dan 28 Mei ini.
Salam takziah dari warga Semuanya BOLA kepada Syahmi Safari. Semoga beliau bangkit dari kesedihan dan Allah membalas dengan ganjaran serta rezeki yang lebih baik.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:
Semua Pemain Skuad Kebangsaan Terima Hadiah G-SHOCK Edisi Harimau Malaya
Korea Utara Sah Tarik Diri Kelayakan Piala Dunia 2022, Malaysia Antara Yang Paling Terkesan