Bojan Hodak: “Saya Tetap Dengan Pendirian, Datuk Yusoff Mahadi Komen Tanpa Memahami”

Pengendali skuad Malaysia B-19, Bojan Hodak tetap dengan pendirian beliau; mengkritik sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia yang disifatkan beliau sebagai lemah. Beliau juga menganggap kualiti bola sepak Malaysia sebagai kritikal.

Sebelum ini Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi mengecam kenyataan Hodak dan menyatakan sistem bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul. Yusoff menambah lagi, beberapa bintang muda dalam bola sepak Malaysia hari ini lahir daripada sistem yang ada.

Ini membuktikan bahawa sistem bola sepak yang diselia oleh FAM berada dalam landasan terbaik. Yusoff Mahadi kemudian menuduh Bojan Hodak sengaja mencari alasan tidak mahu bertanggungjawab di atas prestasi buruk pasukan yang diuruskan beliau.

Yusoff Mahad meminta Bojan Hodak tampil berjumpa dengan pihak FAM untuk memberikan penjelasan di atas kenyataan kontroversi itu.

Namun Bojan Hodak berkata beliau tidak perlu tampil datang ke Wisma FAM untuk menjelaskan keadaan. Beliau boleh menjelaskan keadaan pada bila-bila masa kepada Datuk Yusoff Mahadi. Ini kerana menurut Hodak, Yusoff Mahadi ada nombor beliau, dan hanya perlu menghubungi beliau pada bila-bila masa.

Bojan Hodak ditemuramah oleh pihak media di Wisma FAM semalam. FOTO: FAM

Hodak berkata: “Saya tidak tahu apa yang Timbalan Presiden FAM katakan, namun yang paling penting saya tahu apa yang saya cakapkan. Jika betul sistem bola sepak Malaysia berada di landasan yang betul, Malaysia sudah bermain di Piala Dunia dan tidak perlu beraksi dalam kelayakan Piala AFC.”

“Datuk Yusoff ada nombor saya dan boleh menghubungi saya bila-bila masa untuk meminta penjelasan. Saya tidak faham dengan respon beliau sedemikian rupa – sedangkan beliau tidak faham apa yang saya cuba katakan.”

Menurut Bojan Hodak, beliau bukan bercerita tentang keputusan semata-mata, namun lebih kepada sistem pembangunan.

“Saya berani kata, sistem pembangunan untuk pemain 12-17 tahun kita bermasalah. Ya, kita melihat mereka menewaskan pasukan PSV di Croatia sebelum ini. Namun apabila pemain menjangkau usia 13-17 tahun, mereka tiada kelab/pasukan untuk mereka mendapatkan latihan yang secukupnya.”

“Mereka patut sudah boleh mendapatkan latihan secukupnya pada usia tersebut, namun malangnya mereka tiada peluang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN