Pengendali utama Persib Bandung, Bojan Hodak dilaporkan telah pun merehatkan hampir 10 pemain tonggak pasukan tersebut sebelum perlawanan seterusnya menentang Persis Solo untuk saingan Liga 1 Indonesia.
10 pemain yang direhatkan daripada menjalani sesi latihan tersebut ialah Fitrul Dwi Rustapa, I Putu Gede, Daisuke Sato, Dedi Kusnandar, Ezra Walian, Ciro Alves, David da Silva, Nick Kuipers, Alberto Rodriguez, dan Beckham Putra Nugraha pada Sabtu lalu.
Fokus penuh menuju laga pekan ke-7 ✊#PERSIB pic.twitter.com/R1qxYilmqC
— PERSIB (@persib) August 6, 2023
“Sesi latihan kali ini adalah untuk memfokuskan kepada para pemain yang jarang dibawa turun beraksi sejak dua perlawanan lalu bawah kendalian saya,” jelas Bojan menerusi laman Bola.com.
Para pemain tersebut diberi ruang untuk berehat kerana sudah pun beraksi dengan begitu gigih dalam senarai kesebelasan utama lalu sewaktu berdepan Bali United kecuali hanya Daisuke Sato sahaja.
Walaupun sudah diberi rehat, tiga daripada pemain tersebut tetap hadir menjalani sesi latihan bersama kelab iaitu Rodriguez, Kuipers, serta Beckham dengan mengikuti aktiviti lebih ringan.
“Saya memberi rehat kepada para pemain yang beraksi sejak minit awal permainan ketika menentang Bali United, supaya mereka dapat tampil untuk aksi seterusny dengan lebih cergas.
“Ada beberapa pemain sarankan untuk berehat sebelum itu tetap turun menghadiri sesi latihan seperti Kuipers, Rodriguez, dan Beckham,” tambah Bojan lagi mengenai perkara tersebut.
Ketika ini, Persib sedang membuat persiapan rapi untuk aksi seterusnya berdepan Persis Solo di gelanggang lawan iaitu Stadium Manahan dalam misi untuk terus mengutip mata demi memperbaiki kedudukan carta liga.
Persib setakat ini berada di tangga ke-12 Liga 1 Indonesia hasil tujuh mata dipungut mereka menerusi satu kemenangan serta empat kali seri dan pastinya mengharapkan kebangkitan bagi perlawanan seterusnya.
Sejak dua perlawanan yang ditangani oleh Bojan, Persib berjaya melakar kemenangan sulung ketika Persik Kediri menerusi keputusan 2-1, serta mengikat keputusan seri tanpa jaringan sewaktu berdepan Bali United.
Tampil dengan reputasi cukup besar ketika mengendalikan Kuala Lumpur City (KL City), kehadiran Bojan sangat ditagih untuk kembali meletakkan Persib di kedudukan lebih baik pada musim ini.
Di pertandingan perdananya bersama #PERSIB coach Bojan Hodak mengapresiasi para pemainnya, meskipun ada beberapa hal yang masih perlu diperbaiki.
Gaskeuunn coach! 🔥 pic.twitter.com/bzFlswfuz9
— PERSIB (@persib) August 4, 2023
Malah, pasukan tersebut juga turut membuat persiapan di bahagian tengah dengan mendapatkan khidmat Levy Madinda secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kedua individu itu sehingga kini berjaya mendapat reaksi positif dalam kalangan penyokong Persib, selepas memberi nilai terbaik daripada segi corak permainan serta keputusan perlawanan di atas padang.