Bojan Hodak Rancang Tandatangani Muka Baharu Untuk Perkukuh Persib Bandung

Pengendali utama Persib Bandung iaitu Bojan Hodak mempunyai perancangan tersendiri untuk menandatangani pemain baharu bagi memperkukuhkan pasukan tersebut pada pertengahan musim ini.

Hodak yang menyertai Persib Bandung untuk menggantikan khidmat Luis Milla perlahan-lahan berjaya memberi impak positif buat pasukan tersebut khususnya bagi persaingan Liga 1 Indonesia.

Hadir dengan reputasi cukup tinggi bersama Kuala Lumpur City (KL City) sebelum itu, pengendali tersebut kini berjaya memacu pasukan tersebut berada di tangga ketiga saingan berkenaan.

Malah, Persib juga masih belum mencatat sebarang kekalahan selepas mengharungi sembilan perlawanan domestik bersama aksi cukup menyakinkan.

Walaupun begitu, Hodak mengakui beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi semasa ditampilkan pasukan tersebut serta mempunyai perancangan untuk membawa satu atau dua pemain baharu.

“Saya tak pernah merasa puas hati dengan prestasi semasa, sentiasa inginkan lebih baik dan mahu satu atau dua pemain baharu agar dapat memperkukuhksn lagi pasukan di beberapa posisi.

“Tetapi lihat juga jika konsistensi kami dapat diteruskan lagi, berkemungkinan besar saya tidak mmbuat perubahan kecuali kalau sisi kelemahan terus dipamerkan pasukan,” katanya menerusi Bola.com.

Pada masa sama, beliau juga menafikan khabar angin Persib Bandung kini dalam usaha untuk mendapatkan pemain tonggak PSM Makassar iaitu Wiljan Pluim pada pertengahan musim.

“Dari mana anda semua mendapatkan khabar angin itu? Jika menerusi media sosial, maaf saya tak membaca langsung perkara tersebut,” kata pengendali berkenaan lagi.

Adalah sesuatu yang sangat bagus sebenarnya jika Hodak mempunyai perancangan untuk cuba membawa masuk bekas pemainnya di KL City bagi memperkuatkan pasukan tersebut.

Apatah lagi jika pengendali tersebut dapat membawa masuk khidmat bintang muda seperti T. Saravanan atau Haqimi Azim yang dianggap mampu memberi pengalaman baharu buat bakat-bakat muda tersebut.

Bojan Hodak Akui Faktor Serangan Tumpul Jadi Masalah Utama Persib Bandung

Tambahan pula Persib Bandung dilaporkan sebelum ini mengalami sedikit masalah ketumpulan di posisi serangan, dan ini mungkin menjadi peluang terbaik buat dua bintang muda itu cuba menyerlahkan diri di luar.

Apapun, ianya turut tertakluk kepada Bojan sendiri untuk menilai pemain baharu yang bersesuaian serta ketersediaan KL city untuk melepaskan pemain mereka kepada Persib Bandung pada masa akan datang.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN