Bojan Hodak: Pemain Malaysia Boleh Menyinar Di Indonesia

Bojan Hodak

Ketua jurulatih PSM Makassar, Bojan Hodak mengakui bahawa pemain dari Malaysia mampu untuk menyinar sekiranya beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Kenyataan itu ada benarnya apabila Safee Sali pernah menjadi fenomena di Indonesia apabila beliau beraksi cemerlang ketika berkelana selama dua musim ke Pelita Jaya.

Sehubungan dengan itu, Hodak melihat bekas anak didiknya ketika di Kelantan dan kini merupakan penjaga gol utama Melaka, Khairul Fahmi Che Mat adalah antara pemain yang menjadi idamannya untuk dibawa beraksi ke Indonesia.

”Saya melihat pemain Malaysia mempunyai potensi untuk beraksi di Indonesia. Pemain Malaysia mempunyai kualiti dan saya yakin Khairul Fahmi akan memberikan impak yang pantas [jika berhijrah ke Indonesia].”

Bojan Hodak ketika mengendalikan latihan PSM Makassar.esi

”Yang menjadi masalah adalah hanya kelab besar [di Indonesia] sahaja yang boleh memberikan tawaran lebih tinggi jika dibandingkan dengan pasukan di Malaysia,” ujar Hodak menurut laporan dikeluarkan The Star.

”Perkara sama juga terjadi di Thailand. Malaysia lebih baik dari segi kewangan, kerana itulah anda dapat melihat ramai pemain Thailand dan Singapura beraksi di sana [Liga Malaysia]

”Indonesia masih kekurangan dari beberapa bahagian, terutamanya pada perkembangan akar umbi. Mereka mempunyai populasi penduduk yang besar, oleh itu perancangan lebih tersusun dan dana yang besar diperlukan untuk mencapainya.”

”Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) memberikan mereka [Malaysia] kemajuan dan pengembangan bakat muda. Kuncinya adalah untuk terus meningkat dan mengemaskini program dan jika boleh, perluaskan ke setiap negeri dengan cara yang sama.”

”Pengalaman saya sendiri pernah bekerja dengan ‘budak-budak’ NFDP, di mana mereka lebih baik dari segi teknikal dan taktikal berbanding pemain Piala Remaja yang datang terus daripada negeri,” ujar Bojan Hodak lagi.

Bojan Hodak yang merupakan anak kelahiran Zagreb, Croatia memiliki reputasi yang cukup baik sebagai jurulatih di Malaysia beliau selepas berjaya membawa Kelantan menjulang kejuaraan ‘Treble’ pada musim 2012.

Bagi musim 2013 pula Bojan dan skuad Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-0 pada perlawanan akhir.

Setahun kemudian, beliau mengemudi JDT bagi menjulang Liga Super buat pertama kali yang kemudiannya terus didominasi kelab tersebut sehingga musim 2019.

Kredit foto: PSM Makassar

Baca artikel lain dari kami mengenai saingan Liga 1 Indonesia:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN