Bojan Hodak mendedahkan yang beliau sangat gembira melihat Daniel Ting kembali ke saingan Liga Super dan turut mendoakan yang terbaik untuk bekas anak buahnya itu.
Johor Darul Ta’zim (JDT) telah sah merekrut semula pertahanan berusia 30 tahun iaitu Daniel Ting selepas beliau berehat dari bola sepak untuk seketika.
Spekulasi melibatkan Daniel telah bermain untuk beberapa ketika dengan baru-baru ini beliau dikesan berada di Stadium Sultan Ibrahim ketika aksi JDT menentang Selangor.
"I wish him luck", reaksi Bojan Hodak mengenai perpindahan bekas pemain KL City FC Daniel Ting ke JDT.@ASTROARENA pic.twitter.com/WVQhzcLJ61
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 29, 2022
Daniel menyertai JDT untuk kali kedua selepas sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan kedua Harimau Selatan pada 2016.
Daniel tolak vaksin
Daniel yang sebelum ini bermain untuk KL City, tidak menyambung kontraknya bersama-sama kelab ibu negara itu selepas beliau tidak mahu mengambil vaksin Covid-19.
Hal ini kerana pada waktu tersebut, adalah menjadi kewajipan untuk setiap pemain Liga Malaysia mengambil vaksin Covid-19 untuk terus beraksi.
https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1542023934349938689?s=20&t=1PVyu7d8yOszdDl6AEAjwA
Tetapi bagi Daniel beliau memilih untuk pulang ke England, dengan kelonggaran mengenai vaksin sudah dilaksanakan maka ini adalah masa yang sesuai untuk kembali.
Pandangan Bojan Hodak tentang perpindahan Daniel Ting sertai JDT
Ketika sesi sidang media sebelum aksi perlawanan dalam saingan Piala AFC, Bojan Hodak telah ditanya tentang pandangan beliau berkait perpindahan Daniel menyertai JDT.
“Coach, apa pandangan kamu tentang perpindahan Daniel Ting ke JDT selepas dia meninggalkan KL tahun ini sebagai anti vaksin?”
Soal Zulhelmi Zainal Azam kepada Hodak.
Bojan Hodak: Saya Gembira Daniel Ting Akhirnya Ambil Vaksinhttps://t.co/dwEMLNTsgQ
— VOCKET FC (@vocketfc) June 29, 2022
“Saya sangat gembira mendengar dia sudah mengambil vaksin dan dia kembali, saya gembira untuk dia kerana dia mendapat gaji tiga kali ganda lebih tinggi di Johor”
Jawab Hodak.
“Sekali lagi, ia (gaji) adalah satu hal yang kita tak boleh lawan dan pemain berhak untuk itu, bagi saya, saya ucapkan selamat maju jaya.”
Bojan Hodak tidak berkecil hati Daniel Ting sertai JDT, tumpang gembira dengan pilihannya itu#KLCity pic.twitter.com/E1CaEcE83T
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 29, 2022
“Dia adalah seorang pemain yang bagus, dia juga telah lakukan yang terbaik untuk kelab kami dan saya ucapkan selamat maju jaya untuk dia di masa hadapan.”
Mendengar kenyataan dari Hodak, beliau jelas sekali tiada masalah melihat Daniel menyertai JDT.
Berbanding merasa kecewa, Hodak sebaliknya merasa gembira melihat bekas anak buahnya itu terus mengembangkan kariernya bersama JDT.