Bojan Hodak Berharap Para Penyokong KL City Mampu Penuhkan Stadium

Kuala Lumpur City (KL City) kini boleh dikatakan berada tahap terbaik dari segi prestasi mereka setelah setelah merekodkan dua kemenangan berturut-turut ketika ini.

Setelah melakar sejarah tersendiri untuk layak ke pusingan akhir Piala AFC peringkat Zon Asia Tenggar ketika mengetepikan cabaran Viettel FC, terbaharu mereka meneruskan momentum menerusi kemenangan mengatasi Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super.

Walaupun Negeri Sembilan dilihat sebagai pasukan pilihan pada perlawanan tersebut, KL City berjaya mengimbangi aksi pelawat dan memenanginya menerusi jaringan tunggal Paulo Josue.

Kemenangan tersebut bukan sahaja memberi tiga mata penting buat KL City, malah ia memberi semangat yang baik buat para pemain untuk mereka beraksi lebih baik selepas ini.

KL City bakal menghadapi cabaran getir dalam aksi akhir Piala AFC untuk bertemu jaguh dari Indonesia, PSM Makassar di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Rabu ini.

Selaku pengendali KL City, Bojan Hodak mengakui kemenangan lalu berjaya menyuntik motivasi terbaik buat para pemain kendalian beliau untuk melakar sejarah baharu pada Rabu ini dalam saingan Piala AFC.

“Perlawanan ini (menentang NSFC) memang penting tetapi perlawanan di Vietnam (lawan Viettel) pun sama penting untuk keyakinan pemain. Kemenangan ini meningkatkan lagi keyakinan kita sebelum menentang PSM Makasar nanti.

“Sudah tentu, ini satu lagi perlawanan yang sukar dan ia aksi yang berbeza berbanding pertemuan di peringkat kumpulan sebelum ini. Persediaan mereka lebih mantap tetapi kita juga semakin bertambah baik.

“Peluang seimbang tetapi saya harap penyokong KL City FC dapat hadir beramai-ramai untuk memberi sokongan sekali gus memberi kelebihan kepada kita sama seperti PSM Makassar sebelum ini,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada masa sama, Bojan juga mengakui penyerang pinjaman baharu mereka iaitu Jordan Mintah masih lagi memerlukan masa untuk mencapai keserasian bersama rakan sepasukan lain.

Jordan ketika ini dilihat masih lagi belum mempamerkan aksi beliau yang sebenar selaku penyerang seperti aksinya sebelum itu bersama Terengganu.

“Dia menjaringkan dua gol menentang Kedah Darul Aman (KDA) jadi dia adalah pemain yang baik. Kita menukar sistem untuk dia, jadi mungkin pemain memerlukan masa untuk memahami sistem baharu ini.

“Apa yang penting adalah kita menang. Jadi pada saya, ia bukanlah satu masalah,” katanya.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN