Jurulatih berpengaruh, Bojan Hodak secara rasminya kini sudah pun menyertai Persib Bandung dalam saingan Liga 1 Indonesia, selepas menamatkan kontrak lebih awal bersama Kuala Lumpur City (KL City).
Bojan yang mencipta reputasi besar bersama KL City sebelum itu dianggap membuat suatu keputusan mengejutkan selepas beliau meletakkan jawatan tersebut secara tiba-tiba.
Dobrodošli Bojan Hodak 🇭🇷
Wilujeng sumping Bojan HodakPelatih berkebangsaan Kroasia ini akan memimpin #PERSIB dalam melanjutkan kompetisi Liga 1 musim ini.
Semoga sentuhan magisnya bisa membawa #PERSIB bangkit dan berprestasi 📈 pic.twitter.com/AAHtjDy1f4
— PERSIB (@persib) July 26, 2023
Sepanjang bersama KL City, pengendali dari Croatia itu telah pun mencipta kejayaan tersendiri untuk mengangkat pasukan tersebut menjadi salah satu paling digeruni dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).
Tiga musim bersama KL City, Bojan telah pun memastikan KL City memperoleh satu kejuaraan iaitu Piala Malaysia 2021, serta membawa pasukan tersebut ke final Piala AFC 2022 dan Piala FA 2023.
Pastinya rekod itu akan dikenang sebagai suatu jasa yang hebat pernah dicipta oleh Bojan Hodak dalam arena bola sepak tempatan selaku jurulatih asing.
Memulakan cabaran baharu bersama Persib Bandung ianya bukan suatu tugas mudah buat Bojan selepas beberapa perkara bakal dihadapi beliau untuk mencipta kejayaan seterusnya bersama pasukan itu.
Misi sukar raih kemenangan sulung
Kedudukan semasa Persib Bandung dalam saingan Liga Indonesia kini berada di tangga ke-16 selepas masih gagal untuk meraih sebarang kemenangan daripada empat perlawanan dilalui.
Persib yang sebelum itu dikendalikan oleh Luis Milla pada musim ini tampil sedikit hambar tanpa sebarang kemenangan selepas merekodkan kedudukan ketiga musim lalu bersama corak permainan sangat menyakinkan.
Tiba dengan selamat, saatnya bersiap untuk latihan terakhir jelang laga besok 🔵🟣#PERSIB pic.twitter.com/bdn7X9WgLK
— PERSIB (@persib) July 27, 2023
Untuk aksi seterusnya berdepan Persik Kediri malam ini, ianya menjadi tugas sukar buat Bojan untuk cuba mendapatkan kemenangan sulung buat pasukan itu musim ini dan menghindari tangga tercorot liga.
Cabaran getir Bojan kenali pemain baharu
Bawah kendalian Bojan kini, segalanya tampak serba baharu buat pengendali tersebut untuk mengenali para pemain yang sesuai beraksi bawah penerapan taktikalnya.
Walaupun Persib memiliki rantaian pemain berkualiti seperti Achmad Jufriyanto, Ezra Walian, Putu Gede, dan ramai lagi, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk Bojan Hodak menetapkan kesebelasan utama baharu mengikut kesesuaian dirinya pada perlawanan akan datang.
Setidaknya, beberapa perlawanan diperlukan oleh Bojan untuk mengenal pasti barisan pemain terbaik yang mampu mengikuti corak permainannya sebelum kembali stabil seperti dilakukan sebelum itu bersama KL City.
Hadapi penyokong fanatik
Seperti diketahui, Persib Bandung merupakan kelab yang mempunyai barisan penyokong fanatik yang dikenali sebagai Bobotoh dan antara terbesar di Indonesia.
Perbezaan cara sokongan Bobotoh jelas akan dirasai Bojan berbanding ketika beliau bersama KL City yang tidak memiliki begitu banyak kelompok penyokong fanatik ketika beliau berada di Malaysia.
Tanpa fafifuwasweswos, Persib resmi daratkan mantan pelatih PSM Makassae & Kuala Lumpur City, 🇭🇷Bojan Hodak.
Pendapatnya, Bobotoh? pic.twitter.com/tJJZPfoFtR
— GARAGARABOLA (@garagarabola_) July 26, 2023
Tekanan itu pastinya akan dirasai pengendali tersebut ketika berada di sana serta Bojan perlu memastikan pasukan dikendalikannya iru berada dalam prestasi terbaik jika tidak ingin suara negatif berbunyi di stadium serta media sosial seperti pernah dirasai oleh bekas jurulatih Persib Bandung iaitu Robert Alberts.