Bojan Hodak Akui Pemain Persib Bandung Kini Mula ‘Dipancing’ Pasukan Lain

Pengendali Persib Bandung iaitu Bojan Hodak mengakui kebanyakan pemain kendalian beliau kini mula diintai pasukan lain untuk jendela perpindahan kedua Liga 1 Indonesia musim ini.

Walaupun begitu, jurulatih berpengalaman itu enggan menyenaraikan para pemain tersebut termasuk kelab-kelab yang berminat mendapatkan anak-anak buahnya untuk saingan hadapan.

Jelas Bojan, beliau setakat ini berharap supaya para pemain yang diintai oleh pasukan lain itu supaya terus kekal bersama mereka sehingga ke penghujung musim untuk membantu Persib Bandung terus menjadi lebih baik.

“Saya akui ada beberapa pemain kami menarik minat pasukan luar untuk cuba mendapatkan khidmat mereka.

“Walaupun begitu, hasil perjumpaan saya bersama mereka, tidak ada seorang pemain pun menyatakan keinginan mereka untuk keluar pada pertengahan musim ini.

“Jadi jika pemain tidak mahu pergi, saya tidak mempunyai apa-apa hak untuk masuk campur dan ianya terserah kepada mereka sendiri.

“Walaupun begitu, saya yakin tentang pemain yang masih belum mendapat peluang beraksi ketika ini selalunya akan bertanya untuk mendapat peluang bersama pasukan baharu kerana keinginan mereka untuk terus diberi ruang bermain di atas padang secara kompetitif,” jelas Bojan menerusi Bola.com.

Pada masa sama, bekas jurulatih Kuala Lumpur City (KL City) itu enggan terbuai dengan pujian ramai selepas kejayaan beliau untuk memacu Persib Bandung kini menjadi sangat bagus dalam saingan liga Indonesia.

“Saya mengaku prestasi kami sangat bagus kini dengan masih tidak mencatat kekalahan selepas mengharungi sembilan perlawanan.

“Tetapi hakikatnya setiap perlawanan diharungi memerlukan strategi taktikal yang baharu dan kami perlu sentiasa memberi fokus penuh untuk aksi berikutnya.

“Dan seperti pernah dikatakan, ketika pertama kali saya tiba di sini, Persib Bandung berada di kedudukan tiga terbawah carta liga dan sudah tentu saya mengalami kesukaran awal untuk kembali membentuknya.

“Namun kini kita boleh lihat situasi para pemain tidak lagi berada dalam tekanan seperti dihadapi mereka pada awal musim,” tambah Bojan lagi.

Persib kini sedang membuat persiapan rapi untuk menghadapi aksi seterusnya dalam saingan liga iaitu bertemu PSS Sleman dalam usaha mereka mengekalkan rekod tanpa kalah buat kali ke-10.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN