Bisa Bekas 2 Peledak Itali B-20 Jadi Pertaruhan JDT Untuk Musim 2024/2025

Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak begitu menyakinkan daripad segi persiapan mereka setakat ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) serta aksi AFC Champions League Elite (ACLE) musim depan.

Setakat ini JDT sah menandatangani empat pemain import baharu yang tampil dengan latar belakang cukup berkualiti untuk memperkukuhkan pasukan itu di segenap posisi.

Paling menonjol pastinya terarah kepada posisi serangan mereka, apabila JDT berjaya menggandingkan dua bekas penyerang kebangsaan Itali bawah 20 (B-20) iaitu Nicolao Dumitru Cardoso bersama Fernando Forestieri.

Ianya dikongsikan sendiri menerusi laman Johor Southern Tigers (JST) sebelum itu apabila kedua pemain berkenaan pernah digandingkan bersama pada tahun 2010 bersama Itali.

“Tahukah anda pemain baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Nicolao Dumitru Cardoso dan Fernando Forestieri bermain bersama untuk Itali Bawah-20 pada tahun 2010.

“Kedua-dua pemain akan bermain bersama sekali lagi untuk Harimau Selatan pada musim 2024/25,” jelas kenyataan tersebut menerusi media sosial mereka.

Untuk rekod, Forestieri memulakan aksi beliau bersama JDT pada musim 2022 dengan impak yang cukup besar selepas beliau memberi nafas baharu di posisi serangan pasukan berkenaan bersama Bergson da Silva.

Terkenal dengan kelincahan serta ketajaman di hadapan gol, pemain ini pada mulanya tidak dikekalkan JDT sebelum mereka tiba-tiba kembali menandatangani penyerang berbisa itu.

Nicolao pula, ini menjadi detik sulung buat penyerang tersebut beraksi di Malaysia setelah beliau berkelana bersama Buriram United di Thailand pada saingan lalu.

Tidak banyak dapat diperkatakan mengenai pemain ini, tetapi pastinya JDT mempunyai perancangan besar untuk menjadikan beliau selaku aset penting pasukan di posisi serangan musim hadapan.

Mempunyai pengalaman beraksi untuk beberapa kelab terkemuka di Eropah, pastinya sentuhan beliau ditagih JDT untuk saingan domestik serta ACLE musim depan.

Selain kedua penyerang berprofil tinggi itu, Harimau Selatan turut menandatangani tiga lagi pemain iaitu Jalil Elias yang merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Syria, bekas pemain antarabangsa Portugal, Geraldes Franciso, serta Murilo Henrique.

Pandangan anda, pemain import mana lagi bakal ditandatangani JDT untuk saingan hadapan, dan bakal beraksi di posisi mana?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN