Birmingham City singkir Harry Redknapp Selepas Dijulang Sebagai Wira Penyelamat

Harry Redknapp telah disingkirkan oleh Birmingham City. Birmingham City tewas enam perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Ini juga termasuk EFL Cup di mana Bournemouth mengejutkan kelab itu di hadapan penyokong sendiri. Penyingkiran Harry juga diiringi dengan pemergian pembantu setianya, Kevin Bond.

Lee Carsley, bekas pemain Birmingham City dipilih sebagai pengurus sementara.

Pemecatan Redknapp ini mengingatkan kita kepada Frank De Boer yang dipecat atas sebab yang serupa iaitu gagal menang dalam beberapa perlawanan pembukaan.

Pertama disingkirkan

Sumber: Birmingham Mail.

Harry Redknapp menjadi pengurus pertama yang ditunjuk keluar oleh kelab Championship pada musim ini. Perlawanan terakhir Birmingham bersama beliau ialah menentang Preston. Preston menewaskan Birmingham 3-1.

Sebelum ini, Harry dipilih menjadi pengurus sementara Birmingham selepas kelab itu memecat Gianfranco Zola pada musim lalu. Harry hanya menguruskan 3 perlawanan sebelum tamat musim.

Pemain Birmingham meraikan kelab mereka selamat dan kekal di Championship pada perlawanan hari terakhir musim lalu. Sumber: Mirror.

Pada ketika itu, Birmingham diancam penyingkiran ke League One. Dengan magis Harry, beliau berjaya mengekalkan Blues dalam saingan Championship.

Lantas, peminat melihat sinar harapan untuk Birmingham mara ke EPL musim hadapan dengan adanya Harry Rekdnapp.

Klab itu lantas melantiknya sebagai pengurus tetap. Persoalannya, adakah Harry Redknapp akan muncul semula di saingan Premier League? Atau Championship?

Atau magis sudah menemui penamat?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN