Prestasi Saya Meningkat Hanya Selepas Seminggu Antonio Conte Di Chelsea – Eden Hazard

Eden Hazard

Bintang Chelsea, Eden Hazard berkata beliau mengalami peningkatan prestasi hanya selepas seminggu bekerjasama dengan pengurusnya, Antonio Conte di Stamford Bridge pada awal musim 206-17.

Hazard sebelum itu dua tahun berada di bawah bimbingan Jose Mourinho, berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris 2004-15 sebelum pengurus dari Portugal itu digantikan dengan Conte pada musim lalu.

Pada musim pertama Conte di Chelsea, beliau berjaya membawa Chelsea meraih gelaran liga yang dibantu dengan prestasi mantap dari Hazard sepanjang musim.

Malah pemain antarabangsa Belgium itu turut menghamburkan kata-kata pujian kepada pengurusnya itu:

”Walaupun hanya seminggu bersamanya, saya dapat melihat perkembangan yang baik dalam aksi saya.

”Tetapi beliau tidak hanya membuktikan di Chelsea sahaja malahan ketika di Juventus juga Conte sudah menunjukkan beliau adalah seorang jurulatih yang bagus.”

Eden Hazard
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 17: Eden Hazard of Chelsea and Mohamed Elneny of Arsenal battle for possession during the Premier League match between Chelsea and Arsenal at Stamford Bridge on September 17, 2017 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Hazard dijangka akan mendapat tempat di kesebelasan utama bagi kempen bertemu Nottingham Forest dalam saingan Piala EFL pada Rabu ini.

Beliau menambah: ”Banyak taktik disini, ianya tidak sentiasa baik buat seorang pemain di hadapan (forward) untuk berlari, bertahan dan sebagainya, tetapi sekurang-kurangnya pada hujung minggu (hari perlawanan), anda tahu apa yang sepatutnya anda perlu lakukan, walaupun hanya dengan menutup mata dan bermain. Itu sangat bagus.”

”Kami bekerja keras, ianya tidak sentiasa mudah dalam sesi latihan dan banyak masa dihabiskan dengan latihan. Namun perkara itu membuahkan hasil apabila kami bermain dengan baik dan menjuarai liga musim lalu. Anda dapat lihat itulah kunci kepada kejayaan iaitu bekerja.”

Beliau kini percaya bahawa persefahaman diantara pemain dalam skuad sedia ada adalah sangat kuat ketika ini.

Pemain berusia 26 tahun ini menyertai Chelsea pada 2012 dan telah mengecapi beberapa nikmat kejuaraan bersama The Blues seperti dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Europa dan Piala Liga.

Hazard sekali lagi dimasukkan sebagai pemain gantian ketika aksi bertemu Arsenal pada Ahad lalu setelah pulih dari kecederaan yang dihadapinya.

Sumber :

FourFourTwo (2017) – https://www.fourfourtwo.com/news/hazard-i-improved-after-a-week-conte-chelsea

Mirror UK (2017) – http://www.mirror.co.uk/sport/football/news/eden-hazard-chelsea-conte-mourinho-11195923

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN